Para pelanggan Astro dijemput hadir untuk memeriahkan ‘HELLO Nu Sentral’, program eksklusif kesetiaan pelanggan yang dibawakan oleh Astro Rewards and NU Sentral.

Pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan pada 27 April nanti termasuk pra-tonton drama-drama terbaik, sesi beramah mesra bersama bintang-bintang tanah air seperti Meerqeen, Mierul Aiman, Fasha Sandha, Malek McCrone, Qasrina Karim, Emma Maembong, Shaheizy Sam, Mimi Lana, Erysha Emyra, Hisham Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.



Lebih istimewa, pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini dengan sajian lagu-lagu yang menjadi runut bunyi bagi drama-drama terbaik di Astro.

Bagi pelanggan Astro Rewards, mereka boleh redeem di aplikasi My Astro App bermula 09 April hingga 24 April dan untuk keterangan lanjut muat turun My Astro App.

Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘HELLO NU Sentral’, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.

Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.