Kekal fit dan sihat dengan sertai MASK RUN 2020 yang bakal berlangsung selama dua minggu mulai 10 September sehingga 24 September ini.

MASK RUN 2020 merupakan sebuah program larian jarak sepanjang 10 kilometer (km). Program ini berkonsepkan larian maya atau lebih sinonim dengan panggilan virtual run.

Walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia, program ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyeru rakyat Malaysia, terutamanya penggemar aktiviti larian.

COMMFEST: MASK RUN 2020 bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat mengenai pentingnya untuk kekal cergas fizikal dan mental.

Selain itu, program ini juga dilihat sebagai satu mekanisma untuk memupuk jati diri dan sikap berdaya saing yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Virtual run ini dilaksanakan dalam masa dua minggu untuk memberi ruang dan fleksibiliti dari segi masa kepada peserta yang terlibat untuk melengkapkan larian 10 kilometer itu di mana tempoh masa dan jarak larian boleh ditentukan oleh peserta mengikut tempoh serta jarak yang ditetapkan oleh penganjur.

Apa yang lebih menarik tentang program ini adalah peserta diberi kebebasan untuk memilih tempat larian. Pemilihan tempat larian adalah 100% bergantung kepada peserta mengikut kepada keselesaan mereka malah boleh dijalankan menggunakan mesin larian (treadmill).

Selain itu, keselamatan dan sekuriti tempat larian juga perlu dititikberatkan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini.



Untuk membuktikan sudah berjaya melengkapkan larian 10 kilometer, peserta diperlukan untuk merekod setiap catatan larian mereka dengan menggunakan aplikasi sukan (fitness tracker apps) yang boleh dimuat turun di Apps Store atau Google Play Store.

Rekod larian tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada pihak penganjur dan barangan cenderahati akan diberikan kepada peserta melalui pos.

Tawaran istimewa bagi yuran penyertaan akan diberikan kepada 50 orang yang terawal dengan harga RM50.00 sahaja (Harga normal: RM55.00).

Bayaran tersebut adalah termasuk barangan cenderahati eksklusif COMMFEST: MASK RUN 2020 iaitu t-shirt penamat, medal dan juga e-certificate. Cabutan bertuah bernilai RM100 juga disediakan kepada para peserta yang bertuah.

Program ini dianjurkan bagi memenuhi kriteria akademik yang mewajibkan pelajar–pelajar semester 5, jurusan Diploma in Corporate Communication, Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur dengan tema "Must Run During Mask Times".