Penyanyi rap, Bunga Isme berkongsi cabaran yang dihadapinya selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amzar Sabri.
Bunga, atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, 24, berkata dirinya dirinya berdepan cabaran dan persepsi orang luar terhadap mereka selepas berkahwin.
“Cabaran dalam perkahwinan ini bagi saya adalah bagaimana untuk berhadapan dengan pandangan dan pendapat orang luar.
Bunga Isme berkata demikian ketika menghadiri di majlis sidang media Warner Music Fest 2024 yang bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Bunga akui dirinya sangat yakin dan percaya kepada rezeki yang ditentukan oleh Tuhan.
“Kalau nak cerita tentang kemuncak karier saya sangat percaya dengan rezeki tuhan, saya sangat yakin dengan rezeki tuhan disebabkan itu saya tak teragak-agak untuk mendirikan rumah tangga di usia muda,” jelasnya.
Terdahulu, Bunga Isme mengakui bahawa dia telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, seorang komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri, pada tahun lalu.