Hiburan

"Setakat Ini, Kami Mendapat 2 Jemputan Untuk..." - Aktif Menerima Undangan Persembahan, Inteam Cuba Cara Baru

Kamaruddin Razal
23/05/2020
00:38 MYT
Dalam situasi pandemik COVID-19 di mana hampir seluruh dunia mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan, kumpulan nasyid Inteam tetap aktif meneruskan aktiviti kesenian mereka dengan mengadakan persembahan nasyid atas talian.
"Alhamdulillah, kami baru saja melancarkan perkhidmatan persembahan nasyid secara atas talian bagi mengisi acara di dalam program-program tertutup mahupun terbuka yang diadakan, terutamanya untuk sambutan Aidilfitri nanti.
"Setakat ini, kami telah mendapat dua jemputan untuk mengadakan persembahan Aidilfitri bagi komuniti Muslim di Kanada serta satu persembahan bulan Ramadan bagi Komuniti Muslim dari organisasi NPO Cesam dari Perancis," menurut Syah, ketua kumpulan Inteam.
Inteam juga tidak mahu mengalah dan cuba menggunakan teknologi terkini untuk terus menyampaikan persembahan mereka.
"Kami faham, ramai di kalangan artis serta pengurus acara sedia maklum berkemungkinan penganjuran acara secara perkumpulan ramai mungkin tidak akan dapat diadakan untuk tempoh yang lama.
"Jadi, kami sesuaikan dengan sesuatu yang berbeza. Kami sangat berharap cara baru ini akan mendapat sokongan ramai pihak" tambah Rahim Inteam.
Kumpulan Inteam yang baru sahaja menghasilkan single baru berjudul Setanggi Syurga 2020 berkolaborasi dengan artis Khai Bahar menyatakan bahawa semua pihak harus saling sokong menyokong dan cuba menyesuaikan diri dengan norma baharu selagi wabak ini belum berakhir.
"Alhamdulillah, sejak single baru kami Setanggi Syurga 2020 bersama Khai Bahar menjadi sohor kini di dalam YouTube, jadual kami agak penuh dengan sesi temuramah bersama radio dan televisyen yang turut diadakan secara atas talian.
"Apabila kami mula mendapat pertanyaan berkenaan persembahan, kami mencadangkan kepada beberapa penganjur acara untuk mengadakan persembahan secara atas talian dan mereka menerima baik cadangan ini," tambah Hazamin Inteam pula.
Menurut Inteam lagi, persembahan mereka itu nanti bakal diadakan secara pilihan sama ada menggunakan muzik minus one atau secara muzik langsung bersama beberapa orang pemuzik.
"Kami cuba memikirkan untuk turut sama melibatkan rakan-rakan pemuzik dalam persembahan ini kerana pendapatan mereka juga pasti terkesan dengan keadaan PKP sekarang yang mungkin akan terus berlanjutan.
"Kami akan memastikan sesi persembahan kami nanti akan mengikuti SOP yang ditetapkan seperti penjarakkan sosial dan perkumpulan tidak lebih dari 10 orang," menurut Syam Inteam pula.
Inteam boleh dihubungi melalui laman web Inteam.my atau Facebook dan Instagram Official Inteam atau melalui talian 0176681885.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

gempak
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu. Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup. “Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit
Hiburan

Dipilih Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024, Khai Bahar; "Lagu Ini Sangat Disukai Arwah Ibu Saya"

gempak
09/03/2024
12:13 MYT
Selepas 23 tahun, lagu Rabiatul Adawiyah dirakamkan semula Inteam bersama Khai Bahar.
Hiburan

Harum Setangkai Doa Dedikasi Inteam buat Allahyarham Suhaimi Saad

gempak
10/01/2024
13:00 MYT
Berita pemergian Allahyarham Suhaimi Saad bekas anggota Inteam, pada November tahun lalu sudah pasti telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.
Laman Utama

“Kita Jangan ‘Expect’ Selebriti Agama, Nasyid Seperti Malaikat” - Hazamin Inteam

gempak
18/09/2023
08:50 MYT
Semua orang ada buat kesilapan.
Laman Utama

Menang Tiket Ke Konsert Lima Rukun Di ZAYAN, Ini Cara-Caranya!

gempak
08/09/2023
05:49 MYT
Peraduan dibuka dari sekarang hingga 12 September di laman rasmi Zayan.