Pelakon Aeril Zafrel mengumumkan dia dan isteri, Wawa Zainal bakal menimang cahaya mata ketiga.
Aeril bersyukur kerana akhirnya Wawa hamil selepas empat tahun menanti.
“Alhamdulillah..terima kasih isteri,setelah 4 tahun menanti...jadi ayah lagi. Doakan dipermudahkan semuanya,” tulisnya.
Aeril berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Aeril memuat naik fotonya bersama alat uji kehamilan.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata mengucapkan tahniah.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 6, dan Hayla, 4.