Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi akui terkejut selepas mengetahui bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Shazroul Fazlie meninggal dunia semalam.

Menurut Aznil, pada awalnya dia tertanya-tanya mana satu individu yang bernama Shazroul.

"Setelah Pak Nil baca berita bekas peserta AF4 Shazroul Fazlie meninggal dunia, Pak Nil tertanya-tanya arwah Shazroul ni yang mana satu.

"Setelah cari semula video lama, gugur jantung Pak Nil, rupanya Shazroul ini adalah Shaz calon pelajar AF4 di Konsert Prelude," tulisnya.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Aznil turut berkongsi sebuah video kenangan semasa mengacarakan AF.

Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

"Semoga arwah ditempatkan bersama insan-insan yang soleh di sisi-Nya. Al-Fatihah," tulisnya lagi.

BACA: Takziah… Shazroul AF4 Meninggal Dunia

Shazroul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 6.20 petang semalam.

Shazroul, 34, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usus. Jenazah akan dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan disemadikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana hari ini.

Setelah #paknil baca berita bekas peserta AF4 Shazroul Fazlie meninggal dunia, paknil tertanya2 arwah Shazroul ni yg mana satu. Setelah cari semula video lama, gugur jantung Paknil, rupanya Shazroul ini adalah Shaz calon pelajar AF4 di Konsert Prelude. Semoga Arwah ditempatkan bersama2 insan yang soleh di sisi Nya. AlFatihah

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on