Penyanyi Ezlynn Ariffin berkongsi video menunjukkan roti yang dibuat sendiri olehnya di rumah.

Ezlynn gembira kerana roti yang dibuat itu menjadi dengan sempurna dan sedap.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.

"Ta...daaa...Alhamdulillah menjadi roti saya, yang bestnya sedap sebab panas-panas fresh.

"Saya mengaku roti saya buat lagi sedap dari luar sana hahaha #perasan #isibakulangkatsendiri," tulis Ezlynn sebagai kapsyen.





Dalam pada itu, penyanyi lagu Sesalanku ini juga bersyukur kerana telah berkongsi air tangannya itu dengan jiran tetangga.

"Alhamdulillah, dah kongsi dengan jiran depan rumah dah, kongsi rezeki ya, setiap dalam rezeki kita tu mesti ada rezeki orang lain, jadi lah orang yang bermanfaat pada orang lain," tulisnya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut Ezlynn di ruangan komen.

Rata-rata mereka seakan terliur melihat roti yang dibuat oleh Ezlynn dan memuji kepandaian penyanyi kesayangan mereka itu.

Bread making part 2 Ta..daaaaa.. Alhamdulillah jadi my rotiiii.. yang bestnyer sedap Sbb panas2 fresh.. I mengaku roti I buat lagi sedap dari luar sana hahaha... #perasan #isibakulangkatsendiri ☺️ Alhamdulillah.. dah share ngan Jiran depan rumah dah .. rezeki share2 Ye semua.. setiap dalam rezeki kite tu mesti ada rezeki org lain.. jadi lah org yang bermanfaat pada org lain ?❤️.. . . @mysoul.eye @azwati @mamacahaya @makbond ..korang nak roti apa??

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin) on


Sekadar info, Ezlyyn mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2002 dan lebih dikenali ramai dengan lagunya yang berjudul Hi Hi Bye Bye.