Hiburan

Setiap Hari Saya Bergaduh Dengan Zul Ariffin - Gayatri Su-Lin Pillai

gempak
Kamaruddin Razal
18/01/2017
07:58 MYT
Sponsor Banner
Setiap Hari Saya Bergaduh Dengan Zul Ariffin - Gayatri Su-Lin Pillai
Penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai mengakui dia bergaduh dengan bekas kekasihnya, aktor Zul Ariffin hampir setiap hari.
Pergaduhan itu berlaku ketika di set penggambaran filem terbitan Gayatri, J Revolusi yang bakal ditayangkan pada 2 Mac ini.
Dalam filem tersebut, Zul memegang watak utama sebagai seorang anggota Unit Tindakan Khas yang bernama Jay Zulkarnain.
"Bekerja dengan Zul, saya akui saya terpaksa bergaduh dengan dia hampir setiap hari. Kami berdua merupakan seorang perfectionist dalam cara tersendiri.
"Sebagai seorang penerbit yang mewakili Infinitus Productions, kami selalu berbalah mengenai babak-babak yang dilakonkan dalam filem ini.
"Sebalik pergaduhan tersebut, kami berjaya mencapai kata sepakat dan mendapat hasil terbaik untuk filem yang bakal ditayangkan," kata Gayatri kepada Astro Gempak.
Masih mengekalkan hubungan baik walaupun sudah putus cinta sekitar tahun 2015, Gayatri tidak akan mengendahkan sebarang pandangan orang luar mengenai hubungan mereka.
"Kami masih berhubung dengan baik dan bersikap profesional. Semuanya berkenaan dengan kerjaya.
"Apabila ada orang yang menganggap saya kembali bercinta bersama Zul, saya tidak mahu mengendahkan perkara tersebut.
"Kalau boleh, saya tak mahu memberikan sebarang penjelasan. Saya sendiri tidak boleh mengawal apa yang orang akan cakap dan fikirkan, jadi saya mahu membiarkan sahaja perkara tersebut," katanya ketika sesi temubual di majlis pelancaran permainan mudah alih J Revolusi pada Selasa.
Mengambil inspirasi filem J Revolusi, Zul Ariffin menyumbangkan suara dan karakter yang dilakonkan dalam filem itu dalam aplikasi permainan mudah alih yang dibangunkan oleh MP Labs. Permainan mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Play Store.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live