Pengasuh anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu yang dikenali sebagai Dayah Zubit telah pun melangsungkan pernikahannya semalam.
Wanita berusia 25 tahun itu selamat bernikah dengan pemain pasukan bola speak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.
Difahamkan majlis yang diadakan dengan penuh sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga itu berlangsung di Sungai Petani, Kedah.
Dayah menerusi akaun Instagram (IG) InstaStory miliknya berkongsi momen gembira itu.
Pun begitu, dalam masa yang sama Dayah turut bersedih apabila mengenangkan Aafiyah yang teruja ingin bersamanya di hari bahagia. Namun tidak berpeluang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Setiap kali VC (video call) dengan Aafiyah mesti sedih sebab dia sangat excited dan setiap kali dia nampak Dayah lepas solat masa doa mesti dia akan datang dan cakap ‘ Aafiyah doakan kakak dengan abang kahwin..Aafiyah doa datang kakak kahwin, kakak beli baju princess kat Aafiyah ok”.'
“Tadi bila dia nampak Dayah pakai dress ni, dia kata ‘Kakak tunggu Aafiyah nak dating, mana baju Aafiyah kakak”, Allahu sedihnya.
“I’m so sorry my dear princess, nanti ok bila dah boleh buat majlis,” luahnya.
Bagaimana pun Dayah gembira dan berterima kasih kepada Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiawa yang bermurah hati untuk menaja busana pernikahan pasangan berkenaan hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini.
Dayah menjadi pengasuh Aafiyah sejak anak sulung penyanyi tersohor negara itu kecil lagi.
Syafiqah Jalal
Tue Jun 01 2021
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.