Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Setiap Malam Tunggu Norlia Ghani Live, Rindu Hasif Upin Pada Arwah Ibu Terubat - “Muka Macam Mak...”

Ernalisa
16/10/2024 09:25 MYT
Selain menjadikan Norlia Ghani sebagai idola, penyanyi dan pelakon Hasif Upin akui terubat rasa rindu setiap kali menatap wajah pelakon veteran itu.


BERITA BERKAITAN : Tak Terdesak, Hasif Upin Tak Pilih Watak - "Bagilah Saya Watak Melintas Jalan Pun Saya Terima"

BERITA BERKIATAN : Ziana Zain Minta Hasif Upin Jangan Layan Haters - "Jangan Goyah, Terus Melangkah!"

BERITA BERKAITAN : Peminat Tak Puas Hati Ziana Zain Duet Dengan Penyanyi Baharu Menerusi Single Waktu? Ini Komen Tuan Empunya Badan

BERITA BERKAITAN : Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom Ditayangkan Di Astro First! Versi Eksklusif & Lebih Banyak Kesan Visual


Jelas Hasif, selepas tiga tahun kehilangan insan paling disayangi dalam hidupnya itu, dia setia menantikan sesi siaran langsung Norlia di media sosialnya hampir setiap malam.


"Saya minat sebab muka dia memang salin tak tumpah macam arwah mak saya.


"Sampai sekarang, saya akan tengok TikTok dia setiap malam sebab dapatlah lepaskan rindu pada arwah mak saya,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi pengalaman kali pertama berjumpa dengan Norlia, menurut Hasif, dia sungguh teruja hingga mahu memeluk wanita yang sangat mirip dengan ibunya itu.

“Saya masa tu dekat Gempak Most Wanted Awards awal tahun ini, kebetulan Mama Norlia ada, jadi saya pergi sebelah dia, salam dan cium tangan dia.

“Saya berikan salam; ‘Assalamualaikum mak.’ Beliau memang tak sombong dan tebal dengan sifat keibuan," tambahnya.


Terdahulu, Hasif memaklumkan dirinya kini terbuka untuk menerima sebarang watak dalam lakonannya dan sanggup menerima watak sampingan demi minat mendalam dunia lakonan.

Kecoh sepanjang minggu ini apabila Hasif meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak pengurusannya yang menyuruh supaya segera mengosongkan rumah yang disediakan dalam tempoh 10 hari.

#Ibu #Rindu #Arwah #Ghani #lihat #Norliah #terubat
;