,
Laman Utama

Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom Ditayangkan Di Astro First! Versi Eksklusif & Lebih Banyak Kesan Visual

Mya Amri
16/05/2023
05:50 MYT
Animasi popular Malaysia, Upin & Ipin telah tampil dengan pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! pada penghujung tahun lalu di Malaysia serta Singapura.
Teater tersebut telah mendapat sambutan positif daripada jutaan penonton yang meliputi anak kecil serta orang dewasa.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, pihak penerbit Les’Copaque Production membawa Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! untuk dipersembahkan di platform Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 18 Mei ini.
Lebih istimewa, versi yang akan ditayangkan di Astro First adalah berbeza dan memperlihatkan penggunaan kesan visual menggunakan teknologi multimedia yang lebih banyak sepanjang teater dipersembahkan.
Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ini sangat istimewa kerana ianya mempunyai elemen multimedia serta lagu- lagu yang digubah oleh komposer Les’ Copaque sendiri.
“Teater ini juga merupakan 100 peratus karya anak tempatan. Teater berdurasi 1 jam 6 minit ini diarahkan oleh Siti Rohayah Atan.
“Teater ini juga menampilkan watak-watak utama Upin, Ipin dan kawan-kawan seperti Ehsan, Mail, Jarjit, Mei Mei, Fizi, Susanti dan beberapa watak baharu yang kali pertama diketengahkan dalam pementasan teater seperti karakter Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan.
“Kesemua watak ini dilakonkan sepenuhnya oleh maskot dengan kostum menarik yang direka khas untuk pementasan teater tersebut.
“Cerita asal merupakan hasil idea Hajah Ainon Ariff dan beliau juga merupakan penulis skrip bersama Nur Naquyah Binti Burhanuddin,” jelasnya. Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! mengisahkan tentang pengembaraan Upin & Ipin ke dunia Pin Pin Pom! demi menyelamatkan diri dan kawan- kawan daripada cengkaman Nenek Kebayan yang mencari Batu Delima Sakti.
Teater ini penuh dengan aksi yang mendebarkan dan mencuit hati di samping lagu-lagu yang menghiburkan.
Terdapat 10 buah lagu yang dipersembahkan di teater ini dan mengangkat lagu Upin & Ipin – Pin Pin Pom! sebagai lagu tema utama pementasan ini.
Lagu tersebut menyelitkan dialog simbolik ‘Pin Pin Pom!’ yang amat popular dari salah satu siri Upin & Ipin dan diiringi dengan susuan muzik yang ‘catchy’.
Selain itu, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! di Astro First ini turut diselitkan sesi temu ramah eksklusif bersama tenaga-tenaga kreatif di sebalik tabir yang menjayakan teater ini serta barisan pelakon utama alih suara.
Saksikan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! bermula 18 Mei 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO.
Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!
Filem

Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

gempak
26/06/2024
09:29 MYT
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!