Peserta Suara Viral, Bella mengakui berasa sedih apabila rakan seperjuangannya Jerry tersingkir di minggu konsert separuh akhir Suara Viral Rabu lalu.

Menurut Bella, kehilangan Jerry itu cukup dirasai memandangkan mereka mempunyai hubungan yang akrab sepanjang menyertai program tersebut.

"Perasaan bercampur baur tatkala kehilangan seroang demi seorang sahabat dalam perjuangan Suara Viral.

"Sedih!! Mana taknya, kami semua dah rapat sangat. Bahkan, setiap pagi, Jerry mesti minta Milo 3 Dalam 1 dengan saya.

"Sampai habis Milo saya dibuatnya, tapi itu semua kenangan kan," katanya menerusi satu entri di Instagram.

_ Perasaan bercampur baur tatkala kehilangan seorang demi seorang sahabat dalam perjuangan SV.? . . sedih!!!! mana tak nya, kami semua dah rapat sgt. even setiap pagi Jeryy mesti mintak milo 3 in 1 dgn Bella smpai abis milo Bella dibuatnya ? tapi tu semua kenangan kan. apa pun Bella ucapkan semoga Jerry dan rakan2 yg lain terus sukses. perjuangan masih jauh dan rezeki besar menanti di luar sana ❤ All the best Jerry! thanks utk video nie wahai sahabatku yg selalu berperang ??????? #Repost @jerry.zakaria_official @download.ins --- . . . Dedikasi video ini buat @ameem.suaraviral @bella.mohd_ @farah.suaraviral @boybach @soffwany_yusoff dan semua penyokong Jerry ?????#suaraviral #viralkansuaraanda @astrogempak #teamjerry

A post shared by BELLA.SUARAVIRAL (@bella.mohd_) on


Dalam entri tersebut Bella turut mendoakan agar Jerry bersama-sama rakan lain yang tidak dapat meneruskan ke pentas akhir Rabu ini akan terus mengejar cita-cita mereka.

"Apapun, saya ucapkan semoga Jerry dan rakan-rakan lain terus sukes, Perjuangan masih jauh dan rezeki besar menanti di luar sana.

"Selamat maju jaya Jerry. Terima kasih untuk video ini wahai sahabatku yang selalu berperang," katanya.

Terdahulu, Jerry menerusi satu entri di Instagram memuat naik sebuah video dedikasi buat Bella.

BACA: Suara Viral: Jerry Tersingkir...Ini Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Di Konsert Separuh Akhir

Bella antara lima peserta yang bakal berentap merebut gelaran juara di konsert akhir Suara Viral yang bersiaran Rabu ini.

BACA: Bella Suara Viral Pernah Menyanyi Wakil Malaysia Ke Myanmar

Bella bakal mendendangkan dua buah lagu iaitu Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor dan Semakin (Siti Sarah) pada Rabu ini.

_ Setiap perjalanan besar dan bersejarah dalam hidup kita, selalu diawali dengan langkah yang kecil,air mata dan kegigihan. walau apa pun mulakan dengan seyakinnya! Tetapkan pilihan, sentiasa buat yang terbaik dengan sepenuh hati, nikmati setiap proses dan konsisten. Apa pun, doakan perjalanan kami di pentas cita dipermudahkan! Terima kasih kembali buat semua yang menyokong tanpa henti! jumpa hari Rabu nie ? . . @astrogempak @officialriax #pentasakhirsuaraviral #SUARAVIRAL #viralkansuaraanda ❤❤❤❤❤

A post shared by BELLA.SUARAVIRAL (@bella.mohd_) on


Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.