Hiburan

Shaarnaz Ahmad Mengaku Merisik Noornabila Tengahari Tadi

gempak
Muhammad Ridhwan Roslan
18/12/2016
10:10 MYT
Sponsor Banner
Shaarnaz Ahmad Mengaku Merisik Noornabila Tengahari Tadi
Pelakon Shaarnaz mengaku telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada tengah hari tadi (Ahad).
Menurut Shaarnaz, dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.
“Majlis pernikahan kami akan berlangsung pada suku pertama tahun hadapan, segala persiapan untuk bergelar suami saya dah siap dengan sepenuhnya.
“Untuk majlis merisik memang dah lama rancang, hari ini adalah hari sesuai setelah keluarga Noornabila pulang daripada umrah.
“Kali ini memang serius, lagipun umur pun dah semakin meningkat, rasanya tidak wajar untuk saya main-main lagi mengenai hidup saya,” kata Shaarnaz ketika dihubungi Astro Gempak.
Tambah Shaarnaz lagi, pada majlis pernikahan nanti dia akan menjemput media untuk hadir dan meraikan hari bahgianya.
“Majlis pernikahan sudah semestinya kehadiran media amat diperlukan kerana mereka telah banyak membantu saya memberi publisiti kepada kerjaya seni saya.
"Ada rakan-rakan media yang dulunya adalah wartawan lapangan dan kini sudah menjadi editor, saya tidak akan lupakan mereka.
“Cuma majlis merisik ini cukuplah ahli keluarga yang terdekat yang hadir, apa-apa segala rezeki yang diberikan saya amat bersyukur,” katanya.
Oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live