Bollywood

Shahid Kapoor Sokong Keluarga Atur Perkahwinan: “Dulu Saya Rasa Pelik, Tapi…”

gempak
Maliah Surip
26/01/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Shahid Kapoor Sokong Keluarga Atur Perkahwinan: “Dulu Saya Rasa Pelik, Tapi…”
Aktor Shahid Kapoor menyuarakan pandangannya tentang budaya ibu dan bapa mencari jodoh dan membiarkan anak berkahwin dengan pilihan yang mereka telah buat.

BERITA TRENDING: Isteri Shahid Kapoor Rimas Dengan Peminat Fanatik

Menurut Shahid, meski dia pernah berasa pelik bagaimana dua orang yang tidak saling kenal berkahwin atas dasar pilihan keluarga, namun kini pelakon tersebut dapat menerima dan menyokong konsep itu.
Malah lelaki yang berusia 43 tahun itu melalui pengalaman menerima jodoh dan berkahwin dengan wanita pilihan keluarga iaitu Mira Rajput.
“Sebenarnya saya tidak sangka akan berkahwin dengan pilihan keluarga. Dulu sewaktu terbabit dengan filem Vivah pada 2006, saya membawa watak pemuda yang berkahwin atas pilihan keluarga.
“Saya tanya rakan ‘macam mana dua orang asing boleh berkahwin dengan cara diatur keluarga? Itu sangat pelik’.
“Tapi lihatlah saya sekarang. Saya bahagia dengan perkahwinan yang diatur keluarga,” katanya seperti dilaporkan The Hindustan Times.

BERITA TRENDING: Meluat Luna Maya Atur Hidupnya, Maxime Bouttier ‘Ghosting’ Aktres Ini Sampai Menangis

Shahid dan Mira sudah berkahwin selama 10 tahun. Mira merupakan wanita pilihan keluarganya dan dia tidak membantah untuk berkahwin dengan pelajar dari Universiti Delhi itu.
Mira juga hanya berusia 21 tahun sewaktu mereka berkahwin pada tahun 2015.
“Saya sangat menyokong perkahwinan yang diatur keluarga. Ia berjaya buat perkahwinan saya dan Mira. Saya juga tidak pernah sangka akan berkahwin dengan cara seperti ini (diatur keluarga) pada usia yang muda,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Deepika Padukone Ajak Pasangan Muda Ikut Petua Perkahwinan ‘Orang Lama’

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024