Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

Maliah Surip
17/09/2024 15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.

BERITA TRENDING: Pernah Diejek Bersuara Kambing, Shakira Terima Pengiktirafan Sepanjang Hayat Di VMA2023!

Insiden tersebut berlaku sewaktu penyanyi berusia 47 tahun sedang menari saat mendendangkan single terkini, Soltera di LIV Miami.

Menerusi rakaman yang tersebar di internet, Shakira pada awalnya dilihat telah memberi amaran kepada seorang penonton yang berada di depan pentas yang asyik merakam dirinya daripada bahagian bawah dress.

Dia malah dilihat nampak tidak selesa dengan menutup sebahagian tubuh dan menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan perbuatan peminat merakam dirinya daripada bahagian bawah.

Setelah itu Shakira dilihat kembali menari sebelum menghentikan tarian dan meninggalkan pentas kerana peminat tersebut masih meneruskan rakaman video daripada bahagian bawah dress penyanyi lagu Waka Waka tersebut.

Pengguna media sosial dan peminat Shakira mengecam tindakan peminat yang disifatkan sebagai tidak bermoral, tidak menghormati dan biadab.

“Ini sesungguhnya tindakan yang biadab. Selebriti juga berhak mempunyai privasi sama ada di atas pentas atau sebaliknya. Ini adalah masalah yang perlu ditangani,” tulis seorang pengguna media sosial.

BERITA TRENDING: Reputasi Buruk Lepas Curang Dengan Shakira, Gerard Pique Tak Mahu Buang Masa Bersihkan Imejnya

BERITA TRENDING: Ayam Punya Hal, Shakira Pecat Pekerja

BERITA TRENDING: Wow...Shakira Bakal Sambut Hari Lahir Depan 100 Juta Orang!

#Hollywood #peminat #Show #Shakira #Video #Rekod #Persembahan #Dress #Latin #Henti #Intai