Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sharnaaz Ahmad Jodoh Shila Amzah? Elfira Loy Lompat Kolam Tengah Sarat.. Macam-Macam Kisah Menarik Hari Ini!

Azwa Rahman
10/03/2022 15:26 MYT
Terlepas banyak cerita menarik hari ini? Gempak dah sediakan lima kisah menarik untuk anda. Let’s recap!


#1. Sharnaaz Ahmad tak tolak jika jodohnya dengan Shila Amzah?

Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mampu menghalang doa dari peminat dan pengikut media sosialnya untuk kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan Shila Amzah.

BACA: Diusik Kembali Bersama Shila Amzah? Sharnaaz Ahmad; "Saya Tak Akan Kata Tak, Tak Kata Ya, Serah Pada ..."

#2. Ajoi Zainal Mengaku lemah dan senang tertekan.

Bintang Big Stage 2022 Ajoi Zainal mengakuinya dirinya seorang yang mudah tertekan apabila berdepan cabaran.

BACA: Senang Tertekan, Pitam Belakang Pentas, Ajoi Zainal Akui Dirinya Lemah - “Saya Akan Come Back Stronger”

#3. Sarat hamil, Elfira Loy tak kisah dikecam ketika lompat kolam.

Pelakon Elfira Loy tampil menjelaskan situasi sebenarnya selepas aksi melompat di kolam renang ketika sarat mengandung dengan berkasut tumit tinggi menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman.

BACA: “Memang Kecut Perut Tapi…”- Mengaku Mengidam Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam

#4. Penduduk Kelantan berebut ikan mabong berharga 0.10 sen seekor.

Gara-gara promosi ikan mabong yang dijual pada harga 0.10 sen seekor, ramai warga Kelantan dilihat berebut-rebut bagi mendapatkan protein tersebut di cawangan Mydin Tunjung, Kota Bharu yang baru dibuka hari ini.

BACA: Tular Video Orang Berebut Ikan 0.10 Sen Seekor Di Kelantan, Netizen Luah Rasa Kecewa - “Campur Habis Lelaki Perempuan..”

#5. Nabila Huda positif COVID-19 kali kedua

Aktres hebat Nabila Huda disahkan positif COVID-19 buat kali kedua melalui ujian kendiri dan kini menjalani tempoh kuaranrin di Perlis.

BACA: Nabila Huda Positif COVID-19 Buat Kali Kedua - "Sakit Kali Ni Lagi Teruk Dari Yang Pertama.."
#Sharnaaz Ahmad #Shila Amzah #Ikan mabong Mydin Tunjung #Nabila Huda positif COVID-19