Viral

Lebih Memilih Orang Johor, Wanita Anggap Lelaki Kelantan ’Red Flag’ Undang Kecaman - “Untuk Buat I Happy Around 15K To 20K”

gempak
Asyikin Mayudin
20/10/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Lebih Memilih Orang Johor, Wanita Anggap Lelaki Kelantan ’Red Flag’ Undang Kecaman - “Untuk Buat I Happy Around 15K To 20K”
Tular di TikTok memperlihatkan temu bual seorang wanita bertudung yang memberitahu dia lebih memilih lelaki berasal dari Johor berbanding Kelantan.

Penampilan 'busuk'

Menerusi video tersebut, wanita tersebut menganggap lelaki Kelantan adalah ‘red flag’ disebabkan penampilan yang kelihatan ‘busuk’ dan mudah mengalami kejutan budaya.

“Euw Kelantan, of course Johor. Sebab Johor dia ada kelas tersendiri. Lelaki Kelantan ini red flag. Handsome macam mana pun tetap red flag sebab punya penampilan yang busuk, kepam apa semua.

“Kalau bab culture shock pula, you tengok la kalau diorang pergi KL macam mana. Minum pun nak post, pergi ini, pergi itu semua nak post. Terpaling red flag la,” kata wanita tersebut.

Tiada dalam senarai

Pada perkongsian yang sama, wanita itu juga berkata dia tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Kelantan kerana menganggap bukan dalam senarai pilihannya.
“Tak pernah, not my level la. Macam Kelantan ini dia lebih kepada macam culture shock. Kalau pergi KL, terpaling la orang kata,” ujarnya.

Lelaki berduit

Dalam pada itu, wanita itu mendedahkan dia hanya memilih lelaki yang berduit dan mampu membuatkan dirinya gembira dengan menanggung perbelanjaan sekitar RM15,000 ke RM20,000 sebulan.
“My level is yang berduit, yang penting yang wangi, tak kepam. Yang boleh full fill kan apa yang I nak. Macam I nak belanja, shopping semua la. Untuk buat I happy around 15K to 20K (RM15,000 - RM20,000) sebulan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

Perkongsian wanita itu bagaimanapun mendapat kecaman daripada netizen yang rata-ratanya menganggap wanita tersebut adalah ‘red flag’.
“Eh kau ini muka pun tak seberapa alah.
“Orangnya gitu je… orang Kelantan pun tak ingin.
“Dia pun terpaling bagus la tu,” komen netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024