Penyanyi Shawn Mendes membatalkan siri konsert Wonder miliknya tiga minggu sebelum ia dimulakan.

Keputusan membatalkan konsert itu diumumkan Mendes menerusi akaun Instagramnya.

Mendes, 23, mengaku saat ini dia perlu menyayangi diri sekaligus memberi tumpuan terhadap kesihatan mentalnya.

“Adalah amat mendukacitakan untuk saya menyampaikan khabar ini. Tapi saya akan menunda konsert yang akan berlangsung dalam tempoh tiga minggu lagi sehingga tarikh baharu diumumkan,” tulis Mendes.

Bintang kelahiran Kanada itu kemudian melanjutkan kenyataan tersebut dengan mengatakan sudah tiba masanya untuk dia memberi fokus terhadap kesihatan diri sendiri dan menjalani proses memulihkan mentalnya.

“Saya telah berada dalam siri konsert sejak berusia 15 tahun dan jujurnya ia adalah amat perit untuk selalu di jalanan tanpa keluarga ataupun teman,” akuinya.

Lantaran itu dia berapa sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia berehat dan memberi peluang kepada kesihatan mentalnya pulih.

Mendes mengatakan selepas bertemu dengan pakar, dia dinasihatkan mengambil waktu rehat, sayangi diri dan menjaga kesihatan mentalnya.

“Saya akan kembali memaklumkan banyak perkembangan yang baik baik selepas ini. Saya janji,” katanya lagi.

Mantan kekasih Camila Cabello itu memulakan siri konsertnya di Oregon pada tahun 2020 untuk mempromosikan album keempatnya, Wonder.

Mengikut jadual, konsert terkininya akan berlangsung di Minnesota pada hujung minggu sebelum berakhir di negara kelahirannya pada bulan ini.