Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#Sheriff: Raih RM35.3 Juta, Filem Arahan Syafiq Yusof Ini Kini Filem No. 1 Dengan Kutipan Tertinggi Tahun 2024

Izwan Isa
29/04/2024 05:55 MYT
Filem Sheriff terus melakar sejarahnya dalam industri perfileman negara dengan meraih kutipan RM35.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan rasmi, dan sekali gus menjadikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw sebagai filem nombor satu kutipan tertinggi bagi tahun 2024 di Malaysia.

Terima kasih

Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.

Pengarah, Cerita Asal dan Lakon Layar filem Sheriff, Syafiq Yusof berkata: “Alhamdullilah, Sheriff masih mendapat sambutan menggalakkan di pawagam meskipun telah memasuki hari ke-11.

"Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang menerima Sheriff, serta pihak media dan pihak pemamer yang banyak memberi sokongan pada Sheriff sejak mula lagi sehingga filem ini berjaya menjadi filem nombor satu kutipan tertinggi tahun ini," katanya.

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff.

Sinopsis:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: Kini Filem No. 1 Di Malaysia Pada 2024, Sheriff Raih RM31 Juta Sejak Ditayangkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Ini Terbang Dari Kota Bharu Demi Menonton Sheriff!

#Syafiq Yusof #Sheriff #Filem nombor satu di Malaysia #Raih Kutipan Tertinggi