Filem kepolisian, Sheriff: Narko Integriti telah menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi pada 2024, meraih RM31 juta sejak ditayangkan.

Sungguhpun ramai dalam kalangan penonton berpeluang menyaksikan filem arahan Syafiq Yusof itu berkali-kali di pawagam, namun, bagi wanita dari Kelantan ini, dia sanggup terbang ke Negeri Sembilan semata-mata mahu menyaksikan filem tersebut.

Nilai

Menerusi video yang dimuat naik, mendokumentasikan perjalanannya menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan menuju ke Mesa Mall di Nilai, Negeri Sembilan.
@tuansyieka From Kelantan To Nilai semata Sherif no hal bruh ? tiada masalah kalau takda wayang asal jangan takda duit sudah ? #sheriff #zulariffin #aaronaziz #syafiqkyle #wayangkelantan #cinema ♬ original sound - Salazarmvtv

Menerusi teks yang ditulis di video, wanita itu menulis: “Kelantan tanpa wayang? No hal. Asal ada duit semua boleh,” tulisnya ringkas.

Larangan pembukaan pawagam di Kelantan mula berkuat kuasa apabila Parti Islam Malaysia (PAS) mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada 1990. Pada Julai 2022, kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengubah dasarnya.

Sheriff dibintangi oleh Zul Ariffin, Syatiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Jangan lupa temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April.

Sinopsis

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Sumber: RojakDaily

ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: 9 Hari Tayangan, Kaut RM28 Juta! Siap Ada Yang Repeat, Tak Bosan Tonton Beberapa Kali

ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”