HIBURAN
Sherry Alhadad & Ain Edruce Kini Bergelar Penyanyi, Muncul Lagu Raya Berjudul ‘Balik Kampung… Gosip Raya’ - “Bayangkan Kalau Di Set Pun Kami Dah…”
Buat pertama kali, pengacara Sherry Alhadad bergandingan bersama rakan sepejuangannya, Ain Edruce menerusi sebuah lagu raya berjudul Balik Kampung… Gosip Raya.
Terus setuju
Bertemakan Seloka Raya – Dari Dulu Hingga Kini, lagu berkenaan diterbitkan oleh label muzik terkenal, Sony Music Entertainment Malaysia, dengan kerjasama AEON untuk muzik video yang bertemakan Seloka Raya – Dari Dulu Hingga Kini.
Menurut Sherry, dia tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju menyanyikan lagu tersebut bersama Ain.
“Sony Music hadir menyatakan hasrat mereka tentang sebuah lagu Raya. Pertama kali mendengarnya terus saya bersetuju tanpa berfikir panjang. Begitu juga dengan Ain dan semuanya siap dalam masa sebulan,” ujarnya.
Sementara itu, Ain berkata ini merupakan kali pertama dia bergabung bersama Sherry untuk menyanyikan sebuah lagu.
“Ini bukanlah kali pertama kami bergabung, tetapi kali pertama dalam sebuah lagu.
“Sebelum ini pun kami pernah bekerjasama beberapa kali dalam pelbagai program, dan sudah mengenali di antara satu sama lain.
“Bayangkan, kalau di set pun kami sudah ‘havoc’, apatah lagi dalam studio rakaman,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton - Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli!’ Bakal Buat Penonton Tak Kering Gusi
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Timang ‘Baby Boy’, Ain Edruce Serahkan Tugas Pilih Nama Anak Kepada Suami - “Saya Rasa Dia Teringin Nak…”
Lagu tersebut juga dipenuhi dengan kisah realiti yang mencuit hati seperti sebahagian daripada kisah lucu yang boleh dikaitkan, penuh drama tentang salah satu tradisi Raya yang menyeronokkan.
Selain Ain dan Sherry, video muzik (MV) lagu ini turut menampilkan Hafiz Hamidun, Vanessa Reynauld, Adrianna Cinta dan bintang hip hop terkenal, Kidd Santhe, memeriahkan suasana.