Laman Utama

Sherry Alhadad Kongsi Kutipan Sumbangan Mencecah Hampir RM44,000 - “Ia Telah Disalurkan Ke Akaun Bapa Nad Zainal Untuk…”

Asyikin Mayudin
09/12/2022
06:25 MYT
Selebriti terkenal Sherry Alhadad berkongsi pesanan daripada ibu bapa kepada Nad Zainal yang mengucapkan terima kasih atas sumbangan rakan-rakan dalam industri seni dan peminat aktres itu.
Menerusi perkongsian Sherry di Instastory, jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul sebanyak RM43,987.50 itu sudah disalurkan ke akaun bapa And sendiri untuk urusan pembayaran hospital.
“Salam semua, mewakil ibu bapa kepada Nad Zainal kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang telah menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.
“Rakan-rakan artis, sahabat dan guru-guru dari Aswara, penerbit TV, rakan media, industri fesyen dan tatarias serta peminat-peminat Nad. Jumlah sumbangan adalah RM43,987.50.
“Sumbangan itu telah pun disalurkan pada akaun ayah Nad Zainal sendiri untuk urusan pembayaran hospital,” kongsi Sherry.
Sherry turut memuat naik paparan skrin perbualan antara dia dan ibu Nad Zainal selain menunjukkan bukti transaksi wang sumbangan itu.
Dalam pada itu, Sherry turut memberitahu pihak mereka juga mengambil keputusan untuk menghentikan dahulu kutipan sumbangan di akaun ‘thespian legacy’.
“Tapi buat masa ini, kami akan menghentikan dahulu kutipan sumbangan di akaun thespian legacy.
“Terima kasih kepada semua atas titipan doa dan sumbangan yang telah diberikan kepada sahabat kita. Semoga semua usaha kita ini dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” ujarnya.
Sebelum ini, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin dilaporkan ditidurkan sejak 22 November lalu susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.
Selain Sherry, aktor Ungku Ismail serta pengarah Sharulezah atau Budak Ijat antara rakannya yang sering memaklumkan perkembangan terkini Nad hampir setiap hari.
BACA: [VIDEO] “Tergamak Buat Begitu!” - Ungku Ismail Kesal Portal Twist Tajuk Yang Bukan-Bukan Fasal Nad Zainal!
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Viral

“Mak Dia Small Size, Anak Fuh Sedap!” - Dynas Mokhtar Kongsi Wajah Anak Nad Zainal & Ungku Ismail?

gempak
04/03/2024
00:55 MYT
Comel!
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Kahwin Sorok, Kahwin Mengejut, Wedding Of The Year, Jom Recap!

gempak
28/12/2023
07:42 MYT
Ramai tiba-tiba kahwin tahun ni kan?
Laman Utama

Ungku Ismail, Nad Zainal Sambut Kelahiran Anak Lelaki

gempak
14/10/2023
01:47 MYT
Tahniah
Laman Utama

Sharifah Sakinah Kata Nad Zainal Tak Sombong - “Netizen Salah, Dia Primadona Yang Cantik”

gempak
12/09/2023
08:55 MYT
Kinah kata no! Netizen salah.