Laman Utama

[VIDEO] "Tergamak Buat Begitu!" - Ungku Ismail Kesal Portal Twist Tajuk Yang Bukan-Bukan Fasal Nad Zainal!

Shahrin Zulkifle
06/12/2022
04:00 MYT

Pelakon Ungku Ismail berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan mengenai keadaan Nad Zainal dengan mengadakan cerita yang tidak sahih demi meraih tontonan umum.

Jelas Ungku Ismail, dia berhak membuat laporan mengenai isu tersebut selain berharap orang ramai mampu memainkan peranan masing-masing untuk membendung perkara berkenaan.

“Saya harap tiada pihak yang ambil kesempatan untuk dapat view dengan buat tajuk atau cerita yang sampai saya tak tahu nak cakap apa dah. Ada orang tergamak buat begitu.

“Saya dan netizen boleh buat report dan ambil tindakan berkenaan itu untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berkembang. Kita halang algorithm nya.

“Dalam keadaan macam ini sebenarnya saya tak nak ambil kisah fasal ini, saya lebih mahu fokus dengan kesihatan Nad. Saya harap, semua boleh memainkan peranan untuk tidak jadikan ia sebagai satu norma yang biasa,” ujarnya.

Ungku Ismail berkata demikian menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram milik pengarah Shahrulezad.

Terdahulu, sebuah portal tempatan yang melaporkan keadaan aktres Nad Zainal berada di ICU dengan menggunakan tajuk kurang sesuai telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang orang ramai.

Dalam masa sama, Ungku Ismail memaklumkan keadaan ibu kepada dua cahaya mata itu masih sama seperti kali terakhir perkembangan yang dikongsikannya sebelum ini.

“Tiada apa yang nak update sangat, kerana kali terakhir saya update Nad masih disitu masih di ICU, progress yang baik. Insya-Allah amin.

“Apapun saya happy tengok ramai yang prihatin dengan keadaan Nad. Ada yang geram sampai DM dan Whatsapp saya personal sebab nak tahu perkembangan Nad. Alhamdulillah syukur ramai yang kisah dengan dia,” tambahnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Hiburan

Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

gempak
25/04/2024
10:12 MYT
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Hiburan

Kening Halus Sherry Alhadad Trademark Khunsa! - "Cerita Ini Bermain Dengan Zaman"

gempak
23/03/2024
07:50 MYT
Sebati dalam dunia pengacaraan dan karakter lucu, Sherry Alhadad mulai menjadi buah mulut warganet menerusi watak Zaiton dalam drama rantaian popular Khunsa yang sedang ditayangkan ketika ini.
Viral

“Mak Dia Small Size, Anak Fuh Sedap!” - Dynas Mokhtar Kongsi Wajah Anak Nad Zainal & Ungku Ismail?

gempak
04/03/2024
00:55 MYT
Comel!
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Kahwin Sorok, Kahwin Mengejut, Wedding Of The Year, Jom Recap!

gempak
28/12/2023
07:42 MYT
Ramai tiba-tiba kahwin tahun ni kan?