Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shila Amzah Tanggung Keluarga, Fauziah Sarman Dakwa ND Lala Bertahun Tak Kerja

Asyikin Mayudin
18/09/2023 00:55 MYT
Kemelut antara Datuk ND Lala denganu Fauziah Sarman semakin rumit selepas bekas isterinya itu mendakwa penyanyi terkenal era 80-an itu mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Bukan itu sahaja, Fauziah turut mendakwa bekas suaminya banyak menghabiskan masa dengan bermain golf bersama isteri baharunya, Siti Munirah.

“Tiada rasanya keluarga yang tidak akan bergaduh jika hak kami (isteri) diusik. Tanyalah diri berapa lama nafkah saya diabaikan.

“Cerminlah diri, bertahun-tahun anda (ND Lala) tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main golf dan berpoya-poya dengan isteri baru,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Mengejutkan lagi, apabila Fauziah mendedahkan ND Lala sudah bertahun tidak bekerja dan hanya menghabiskan duit hasil titik peluh anak sulung mereka, Shila.

“Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya, tetapi janganlah sampai menghabiskan dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak,” dakwanya lagi.

Sementara itu, ibu kepada empat cahaya itu berkata, dia tiada niat untuk untuk mengaibkan mana-mana pihak. Namun percaya kebenaran akan terbukti apabila tiba masanya.

“Saya pernah dididik oleh bekas suami bahawa ‘setiap tindakan ada akibatnya’ jadi bagi saya apa yang terjadi sekarang, satu persatu kisah yang kami simpan selama ini adalah kifarah yang Allah zahirkan.

“Sebab itu saya tiada niat untuk membuka pekung di dada, tetapi apa yang benar tidak akan menipu apabila sampai masanya,” katanya.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.

Pasangan yang sudah hidup bersama selama 34 tahun ini telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Shahila atau Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

BACA SINI: "Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach" - ND Lala

BACA SINI: "Memang Benar, Saya Telah Menikah Dengan Siti Munirah & Melafazkan Cerai Terhadap Bekas Isteri" - ND Lala


#Shila Amzah #Shila #ND Lala #Fauziah Sarman #Fauziah
;