,
Laman Utama

"Memang Benar, Saya Telah Menikah Dengan Siti Munirah & Melafazkan Cerai Terhadap Bekas Isteri" - ND Lala

Amri Hassan
08/09/2023
09:47 MYT
Penyanyi veteran Datuk ND Lala akhirnya tampil membuka mulut selepas kecoh kemelut rumah tangganya bersama Datin Fauziah Sarman sejak beberapa bulan lalu.
Jelas ND Lala, dia tampil untuk menjelaskan mengenai status perkahwinannya bersama wanita yang didakwa bersamanya sebelum ini dan penceraiannya dengan Fauziah.
"Setelah sekian lama saya mendiamkan diri terhadap usaha dibuat untuk memalukan saya, menjatuhkan maruah saya dan keluarga saya, reputasi serta kerjaya saya, hari ini saya tampil untuk memperkatakan status perkahwinan saya.
"Memang benar saya telah menikah dengan Siti Munirah Abdul Ghani, memang benar bekas isteri saya tidak bersetuju berpoligami, memang benar telah banyak kali bekas isteri saya mengugut, mendesak, meminta saya menceraikan.
"Memang benar. Ini bukan satu keputusan mudah setelah 34 tahun kami bernikah dan dianugerahkan empat cahaya mata.
"Memang benar saya telah menunaikan permintaan bekas isteri saya, saya telah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos 2023, di Masjid Arrahman Bangsar KL, memfailkannya di mahkamah pada 7 Ogos 2023 dan memberi audio lafaz cerai pada 8 Ogos 2023 melalui aplikasi WhatsApp.
"Memang benar mahkamah telah sahkan penceraian kami pada 5 September 2023," katanya panjang lebar dalam hantaran video di media sosial.
ND Lala bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang punca penceraiannya dengan Fauziah kerana disifatkan terlalu peribadi.
"Saya tidak mahu mengulas apa yang terjadi antara kami sehingga membawa kepada penceraian kerana itu adalah hal peribadi.
"Apabila kita menggunakan pertimbangan akal bukan emosi kita akan faham, sekiranya berlaku pergaduhan suami isteri dan tidak dapat diselesaikan platform yang betul untuk mengadu atau dirujuk adalah pejabat agama dan keabsahannya diputuskan oleh mahkamah.
"Tiada keperluan untuk kita mengadu kepada orang lain, kawan-kawan pasangan kita dan lebih buruk apabila kita mengadu meluah perasaan di media sosial. Tiada keperluan berbuat demikian.
"Netizen tidak boleh berikan solusi, mereka tak dapat selesaikan masalah rumah tangga. Kita cari solusi bukan sensasi, kecuali kita nak publisiti untuk meraih simpati.
"Tapi tak apalah, apa yang terjadi telah terjadi. Saya percaya Rukun Iman, ini bahagian saya, saya reda. Saya percaya perancangan Allah lebih baik, pasti ada kebaikan untuk kami berdua pada masa akan datang.
"Hakikatnya bermula 2 Ogos 2023, perkahwinan kami telah berakhir, jadi untuk itu tiada keperluan lagi untuk berbicara perkahwinan kami kerana kami bukan lagi suami isteri," katanya akur.
Pada April lalu, Fauziah pernah mendedahkan wajah seorang wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani di Instagram dan mendakwa itu adalah 'madunya' sekali gus memaklumkan isteri kedua ND Lala.
Ia berikutan, timbul spekulasi sebelum itu mengatakan ND Lala kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada Fauziah dan juga bekas rakan sekolah anaknya, Shila Amzah.
Ketika majlis pernikahan Shila dan suaminya, Ubai Mz pada 5 Ogos lalu, ND Lala hadir sebagai wali untuk menikahkan Shila dan selepas itu dia bergegas pulang meninggalkan majlis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Unitar