Laman Utama

"Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach" - ND Lala

gempak
Amri Hassan
09/09/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach" - ND Lala
Penyanyi veteran Datuk ND Lala memohon orang ramai agar tidak melabelkan isterinya, Siti Munirah Abd Ghani sebagai penyondol.
Tegas ND Lala, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan Siti Munirah pada mulanya menolaknya sebelum bertemu dengan bapa isterinya untuk meminta izin berkahwin.
"Janganlah gelar atau labelkan Siti Munirah sebagai penyondol. Itu tidak benar sama sekali kerana dia memang tak pernah mengorat saya.
"Saya yang approach. Memang pada awalnya dia pun tak nak saya. Akhirnya saya pergi minta restu daripada ayah Siti Munirah. Apabila ayahnya setuju, maka kami pun bernikah.
"Jika benar dia sondol, sekarang ni ada akta yang boleh bawa ke mahkamah. Sabit kesalahan ada denda boleh dikenakan. Tapi percayalah, Siti Munirah tak sondol, saya melamar dia secara sah," ujarnya.
Nasihat ND Lala agar netizen berhenti membuat spekulasi tidak tepat dan menyebarkan hal yang salah menjadi satu fitnah.
"Melabelkan orang ini satu dosa, dosa ini terus berkembang apabila orang upload di media sosial, disebarkan. Dia akan jadi jariah dosa yang akan menyebabkan ramai orang terpalit.
"Saya tak sedih orang kecam saya, orang cemuh saya, saya tak marah pun orang benci saya sebab netizen tak boleh dipersalahkan, dia mendapat gambaran yang salah, palsu," tegasnya.
Untuk rekod, pada 9 Ogos lalu bekas isteri ND Lala, Fauziah Sarman memaklumkan telah diceraikan oleh penyanyi terbabit di Masjid Ar Rahman, Bangsar pada 2 Ogos lalu secara voice note di aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos 2023.
ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live