Laman Utama

Shilpa Shetty Pertahan Suami Hasilkan Konten Pornografi: "Erotik Bukan Lucah"

gempak
Maliah Surip
26/07/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
Shilpa Shetty Pertahan Suami Hasilkan Konten Pornografi: "Erotik Bukan Lucah"
Aktres Bollywood, Shilpa Shetty mempertahankan suaminya, Raj Kundra tidak bersalah selepas ditahan atas dakwaan menyiarkan konten bersifat pornografi atau lucah.
Menurut laporan NDTV Shilpa menegaskan kepada pihak polis, erotik dan pornografi adalah dua perkara yang berbeza.
Dia juga dengan tegas mengatakan suaminya, Raj Kundra tidak terlibat dengan sebarang penyiaran konten bersifat pornografi seperti yang didakwa.
Kenyataan tersebut direkodkan oleh pihak polis petang semalam sewaktu memanggil aktres itu sebagai saksi.
Suaminya yang juga mengaku tidak bersalah telah ditahan pihak polis berhubung dakwaan menghasilkan filem lucah menggunakan aplikasi telefon pintar awal minggu ini.
Sementara itu pihak guaman Raj Kundra, Abad Ponda juga menafikan kliennya telah menghasilkan konten bersifat lucah dan melanggar akta yang digubal.
Peguamnya juga mendakwa konten yang dihasilkan anak guamnya sama seperti yang disiarkan dalam platform penstriman lain seperti Netflix.
Menerusi laporan sebelum ini, Pesuruhjaya Bahagian Jenayah, Milind Bharambe dalam satu sidang media mendedahkan syarikat milik Raj Kundra, Viaan Industries didapati bekerjasama dengan syarikat aplikasi hotspot berpusat di United Kingdom, Kenrin untuk menghasilkan dan menerbitkan kandungan-kandungan tersebut.
“Walaupun syarikat itu didaftarkan di London, penghasilan kandungan dan operasi aplikasi dilakukan menerusi Viaan Industries,” katanya.
Polis juga menemukan transaksi dan kiriman mesej terkait operasi bisnes tidak bermoral ini sewaktu melakukan serbuan.
Kredit Foto: The Hindustan Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live