Shilpa Shetty Tolak Wakili Produk Tidak Sihat: “Kesihatan Adalah Anugerah”
Maliah Surip
22/09/2024 14:46 MYT
22/09/2024 14:46 MYT
Menjadi aktres terkenal, Shilpa Shetty memiliki kelebihan untuk dipilih mewakili sesuatu produk yang dipasarkan.
Namun jika mahu menggunakan Shilpa sebagai wajah kempen, pastikan produk yang ingin dipasarkan memberi manfaat dan tidak membahayakan kesihatan khayalak.
“Sebagai seorang aktres saya memang telah menjadi wajah untuk beberapa produk tapi saya sangat memilih. Terutama untuk produk kesihatan yang misalnya mengandungi gula, saya perlu tahu adakah ia berlebihan atau sebaliknya.
“Pada saya kesihatan adalah anugerah. Saya tidak akan menjadi wajah produk berkaitan gula, jajan atau minuman berwarna,” ujar Shilpa seperti dilaporkan HindustanTimes.
Bintang Dhadkhan itu bagaimanapun menegaskan tidak pernah menentang individu yang menjadi wajah atau duta produk kesihatan lain.
“Itu pilihan saya. Tapi sesiapa yang melakukannya, itu pilihan mereka.
“Tapi untuk saya, saya lakukan apa yang dikatakan,” katanya.
Namun jika mahu menggunakan Shilpa sebagai wajah kempen, pastikan produk yang ingin dipasarkan memberi manfaat dan tidak membahayakan kesihatan khayalak.
BERITA TRENDING: Raveena Tandon Percaya Ada Pelakon Lain Bawa Mulut, Lagakan Dia Dengan Kajol, Karisma Kapoor & Shilpa Shetty
Menurut Shilpa, 49, dia tidak akan mudah bersetuju dengan perjanjian kempen produk berkaitan kesihatan meski diberi habuan yang besar.“Sebagai seorang aktres saya memang telah menjadi wajah untuk beberapa produk tapi saya sangat memilih. Terutama untuk produk kesihatan yang misalnya mengandungi gula, saya perlu tahu adakah ia berlebihan atau sebaliknya.