Filem animasi, Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy kini memasuki hari ke empat tayangannya di Astro First.

Filem ini mengisahkan situasi di mana Shinnosuke dan rakan-rakannya masuk ke sesi induksi selama seminggu di sekolah elit berasrama penuh yang ditadbir oleh AI untuk terlibat dalam pasukan pertahanan Akademi Persendirian Tenkatōitsu Kasukabe (lebih dikenali sebagai "Tenkasu").

Secara tidak sengaja telah berlaku satu insiden di mana Kazama diserang. Pasukan pertahanan Kasukabe bergabung tenaga dengan presiden majlis pelajar sekolah Chishio Atsuki untuk membentuk sekumpulan detektif bagi menyelesaikan misteri di sebalik apa yang berlaku.

Gempak sempat mendapatkan reaksi dari seorang pengguna FaceBook iaitu Abdul Rahim untuk berkongsi pengalamannya menonton filem ini.

“Cerita shin chan ini sememangnya sangat mengembalikan nostalgia saya yang dulu.

“Filem ni menunjukkan nilai kerjasama dan kepercayaan antara satu sama lain diantara kawan-kawan” ulasnya.

Abdul Rahim turut menambah, filem ini mengajar kita untuk tidak berkira terhadap orang lain.

“Pengajaran dan nilai yang paling ketara didalam filem ni ialah kalau kita nak tolong kawan, tolonglah seikhlas hati dan tidak perlu meminta balasan” katanya.

Saksikan Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy yang sedang ditayangkan di Astro First. Hanya RM15 sahaja terus ke Pawagan Rumah Anda, Astro First saluran 480.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.