Pelakon Emelda Rosemila mewakili suara artis meluahkan kerisauan terhadap nasib anak seni yang bergantung harap pada punca pendapatan tunggal.

Kata Emelda, sebagai manusia biasa yang perlu menyara keluarga, anak seni tidak punyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk digunakan ketika tempoh kecemasan seperti sekarang.

"Okey, MRO extended lagi 14 hari. Alhamdulillah stay positif ya semua.

"Just nak clarify, pelakon dan anak seni dunia hiburan ni macam mana pula pembelaan dia?

"Shooting kena stop, kena tangguh. Tak ada kerja tak ada gaji.

"PM (Perdana Menteri) cakap live kat televisyen jangan risau semua dapat insentif, termasuk penjual nasi lemak.

"Jadi, siapa nak jawab untuk bela pelakon untuk isu ini? Apa-apa berlaku selalu tak dapat pembelaan.

"Penat tau berlakon yang kerja kadang sampai 18 jam sehari," luahnya.

Dalam pada itu, Emelda turut meletakkan harapan agar nasib anak seni terbela.

"Kita pun manusia biasa yang perlu jana ekonomi untuk keluarga , komitmen.

"Saat getir seperti ini, apa insentif kerajaan untuk bantu pelakon seperti saya dan lain-lain.

"Harap kerajaan tak lupa. Almost 20 years dah berlakon, KWSP pun tak ada nak keluarkan duit emergency. Tolong ambil kisah suara kecil saya ini.

"Tulisan ini bukan hanya merujuk kepada tempoh lockdown, tapi kepada kenyataan penganalisa ekonomi negara dan dunia yang berpendapat kita akan melalui krisis ekonomi global yang lebih teruk dari sebelum ini 1997/ 1998.

"Jadi, jangan dilupakan golongan anak seni yang turut juga akan terkesan dan akan mengharap kepada insentif kerajaan satu hari nanti," tambahnya.

Kita pun manusia biasa yg perlu jana ekonomi utk keluarga , komitmen. Saat getir seperti ini, apa insentif kerajaan utk bantu pelakon seperti saya & lain2. Harap kerajaan tak lupa. Almost 20 years dah berlakon, KWSP pun takde nak keluarkan duit emergency. PLS take note suara kecil saya ini ?? • @muhyiddin.yassin @skmm_mcmc @finasmalaysia @jkkn @mof_malaysia @fdam_official @persatuansenimanmalaysia • Tulisan ini bukan hanya merujuk kpd lockdown, tapi more kpd kenyataan2 penganalisa2 ekonomi negara & dunia yg berpendapat kita akan melalui krisis ekonomi global yg lebih teruk dari sebelum ini 1997 / 1998 • Jadi, jangan dilupakan golongan2 anak seni yg turut juga akan terkesan & akan juga mengharap kpd insentif kerajaan satu hari nanti • FAHAM? KO SEKOLAH TAK? SPM LEPAS TAK??✌?

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on


Suara Emelda itu turut disokong oleh beberapa artis lain antaranya Datuk Fizz Fairuz, Amyza Aznan, Erry Putra, Yuka Kharisma dan ramai lagi.



Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!