Penyanyi Asad Motawh meminta cadangan dari peminatnya sama ada dia harus mengadakan konsert jelajah di Singapura dan Indonesia.

Soalan itu ditanya Asad menerusi kapsyen di entri akaun Instagram (IG) miliknya.

"Should I tour Indonesia and Singapore? I don't know, you tell me," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Asad memberi respon positif dengan menyokongnya untuk mengadakan konsert jelajah di kedua-dua negara tersebut.

Should i tour indonesia and singapore? ? i dunno you tell me ??‍♂️

A post shared by AS’AD MOTAWH (@asad.motawh) on


Asad mulai aktif di industri hiburan sejak dua tahun lalu dan berjaya membina namanya sehingga kini.