Shuib Buat Kejutan, Watie Hanifiah Menjerit Kegembiraan Dapat Sejambak Bunga Ros - “Selalu Dia Bagi Sekuntum, Tapi Kali Ini…”
Asyikin Mayudin
11/09/2024 02:55 MYT
11/09/2024 02:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menjerit kegembiraan apabila menerima kejutan daripada suaminya yang menghadiahkan sejambak bunga ros merah secara tiba-tiba.
Beri kejutan
Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata buat pertama kali suaminya memberikannya sejambak bunga.
"Terima kasih daddy (Shuib). Dia tahu bini dia suka bunga, selalu dia bagi sekuntum tapi kali ini pertama kali daddy bagi berkuntum-kuntum.
"Saya pula tak reti duduk diam, waktu saya buat kontenlah dia nak buat kejutan,” kata Watie.
Hargai dirinya
Dalam pada itu, Watie mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana sentiasa menghargai dan menghiburkan dirinya.
"I love you daddy, terima kasih selalu buat saya gembira, selalu hargai saya, puji dan bagi saya gelak tertawa. Semoga Allah merahmati suami saya yang tercinta,” ujarnya.
Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.
ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"
ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Benar Sekarang Ini Populariti Dia Mendahului Saya…” - Shuib Tak Halang Watie Hanifiah Jana Pendapatan Lebih Tapi Ada ‘Limit’
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Samakan Uwais Dengan Orang Asli, Watie Hanifiah Mohon Maaf - “Sejujurnya Langsung Tak Ada Niat…”
ARTIKEL BERKAITAN: Watie Terima RM5,000 Duit Raya Dari Shuib, Akan Bingkaikan Jadi Khazanah - "I Takkan Guna Sampai Cucu Cicit"
Sebelum itu, Shuib berkahwin dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah pada 2011.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.