,
Hiburan

Kongsi Video Samakan Uwais Dengan Orang Asli, Watie Hanifiah Mohon Maaf - “Sejujurnya Langsung Tak Ada Niat…”

Asyikin Mayudin
09/07/2024
09:55 MYT
Usahawan Watie Hanifiah tampil memohon maaf kepada pihak yang terasa hati dengan video menyamakan anak tirinya, Uwais Alqarni dengan orang asli yang dikongsikan di Instastory pada Selasa.
Hanya ingin bergurau dengan anak dan ia berlaku secara spontan, Watie turut menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk mempersendakan atau menghina orang asli
“Berkenaan dengan posting yang saya post mengenai Uwais yang disamakan dengan orang asli itu adalah sebab ketika itu dia tidak berbaju. Kalau yang kita tahu, orang asli kan ada pakai dekat kepala, jadi saya kaitkan dengan itu.
“Tapi niat saya bukan nak menghina atau memperlekehkan kaum orang asli. Kalau ada pihak yang terasa, saya mohon maaf.
“Tapi sejujurnya, langsung tak ada niat perlekehkan. Itu hanya sekadar gurauan anak beranak dan ia berlaku secara spontan,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Watie Terima RM5,000 Duit Raya Dari Shuib, Akan Bingkaikan Jadi Khazanah - "I Takkan Guna Sampai Cucu Cicit"

BERITA TRENDING: Shuib Menangis Talita Datang Haid Di Usia 11 Tahun - “Anak Perempuan Daddy Dah Jadi Anak Dara”

BERITA TRENDING: Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie - “Tak Sangka Tiba-Tiba Ada Rasa Cemburu”

Menerima banyak mesej peribadi atau DM di Instagram, isteri kepada pelawak Shuib itu juga tidak menyangka perkongsiannya itu menjadi satu isu yang besar.
“Saya tak pernah fikir apa yang saya kongsikan akan menjadi satu isu yang besar. Sebab kalau tengok video itu pun, memang saya dan Uwais sedang bergurau.
“Saya banyak terima DM yang mengatakan saya seolah-olah mempersendakan (orang asli) tapi memang tak ada. Saya ambil teguran orang ramai dengan hati terbuka.
“Yang DM saya dah mohon maaf tapi yang tak DM, saya ambil kesempatan ini untuk mohon maaf. Saya tidak mahulah memanjangkan isu ini… kalau boleh nak happy happy saja," tambahnya.
Terdahulu, Watie memuat naik video memperlihatkan Uwais mengenakan seluar pendek, tidak berbaju sambil memegang pistol mainan dan kemudiannya dia menyamakan gaya anak tiri seperti orang asli.
Watie menerusi Instastory turut memohon maaf dan menjelaskan dia menyamakan Uwais dengan orang asli kerana penampilannya yang tidak berbaju kelihatan seperti orang zaman dahulu.

BERITA TRENDING: Wanita Orang Asli Miliki Rumah Sendiri Hasil Berniaga Di TikTok!

BERITA TRENDING: Amir Sisi, Anak Orang Asli Kaum Temiar Juara The Chosen One! Kaut Wang Tunai RM30,000

BERITA TRENDING: Anuar Faizal Hasilkan Rekaan Fesyen Inspirasi Orang Asli - "Saya Bukan Perosak Budaya"

BERITA TRENDING: Genggam Ijazah Kelas Pertama, Sherrie Anak Orang Asli Pertama Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Berita

Tiga Kali Berkhalwat, Duda Anak Lima Dihukum Sebat Depan Khalayak Ramai Masjid

gempak
20/11/2024
15:25 MYT
Seorang duda menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai di sebuah masjid di Terengganu pada 6 Disember ini atas kesalahan khalwat berulang.
Unitar