Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Shuib Throwback Detik Watie Umum Hamil Di Makkah - “Simpan Sini Buat Kenangan ...Namanya Bintang”

Ainun Md Zooki 15/05/2025 | 08:25 MYT
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib berkongsi sebuah video memaparkan detik terindah apabila isterinya, Watie mengandung anak pertama mereka setelah mendirikan rumah tangga selama dua tahun.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, eluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata yang mereka namakan ‘Bintang’, meskipun hanya seketika, dan redha dengan ketentuan Ilahi.

“Simpan sini buat kenangan yang Dia pernah hadir dalam keluarga kami. Namanya Bintang ‘Anak Mekah’.

“Terima kasih diatas kehadiran walaupun hanya sekejap. Ianya cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga lebih lebih lagi mummy Watie,” tulisnya.

Walaupun terpaksa menerima kehilangan anak pertama mereka, pelawak itu tetap tabah dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Bagaimanapun, Shuib turut menzahirkan penghargaan buat Watie atas ketabahan dan pengorbanan yang ditunjukkan sepanjang melalui pengalaman tersebut.

“InsyaAllah semoga jumpa di syurga. Daddy dan anak-anak sayang Mummy. Mummy dah buat yang terbaik, susunan Allah lebih mengetahui.

“Semoga kita semua di kurniakan rahmat dan berkat dunia dan akhirat,” kongsinya.

Terdahulu, Watie berkongsi khabar sedih apabila dia mengalami keguguran ketika hamil anak pertamanya pada hari Ibu.

Untuk rekod Watie dan Shuib bernikah pada 23 Jun 2023.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

BERITA BERKAITAN: Watie Luah Kesedihan Di Hari Ibu, Kenang Kehilangan ‘Seseorang’ Yang Sukar Dilupakan - “Aku Masih Ingat Hari Itu…”

BERITA BERKAITAN: 'Baby Bump' Watie Dah Makin Jelas, Komen Mengusik Shuib Tarik Perhatian Netizen - “Banyak Sangat Makan Sayang Daddy Ni”

BERITA BERKAITAN: Tunai Umrah, Shuib & Watie Doa Nak Dapat Zuriat - "Kami Ada Perancangan Untuk Ada Baby Baru Sebab ..."

#Hamil #Shuib #Throwback #Gugur #Makkah #Watie