Laman Utama
Shuk Sahar Kantoi Lagi, Sajat WANTED, Dr Rafidah ‘Dizombiekan’ & Luahan Caprice….Apa Lagi Yang Panas Hari Ni?
Berita tentang pelawak Shuk Sahar kembali tular apabila didakwa masih keluar bersama teman wanita, Fara Salleh masih menjadi bualan netizen sehingga hari ini.
Selain itu, usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad atau Nur Sajat pula kini dikehendaki polis kerana didakwa menukar maklumat kad pengenalan!
Adoi macam-macam…
Sejak semalam, tiba-tiba tular sebuah video pelawak Shuk Sahar bersama seorang wanita di sebuah warung.
Menerusi video tersebut, Shuk dilihat bersama seorang wanita namun wajah pasangannya itu tidak kelihatan kerana membelakangkan kamera.
Menerusi pakaian yang dipakai, rata-rata netizen meneka wanita tersebut merupakan Fara Saleh, yang pernah dikaitkan dengan pelawak tersebut tidak lama dahulu.
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Selasa, Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari.
Peserta Big Stage 2022, Megat Rahim menegaskan kehilangannya tiada kaitan dengan gimik kemasukan usahawan viral Iqbal Zulkefli sebagai peserta dalam pertandingan reality tersebut.
“Saya tiada kena mengena dengan Iqbal!" ujarnya.
Gara-gara lantang berbicara mengenai anti vaksin, Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah menjadi mangsa vandalisme apabila wajahnnya telah disunting individu tidak bertanggungjawab.
Suntingan yang memaparkan wajah Dr. Rafidah seperti ‘zombie’ itu dikongsi sendiri oleh beliau menerusi laman sosial Twitter dan IntaStory di Instagram.
Penyanyi rap Caprice menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG), berpendapat peningkatan jangkitan baharu Covid-19 seperti trend.
Caprice menerusi rakaman ‘What Is On The News Today’ berkata, setiap tahun sebelum menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pasti ada sesuatu yang dikaitkan dengan Covid-19.
Must-Watch Video