Penyanyi rap Caprice menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG), berpendapat peningkatan jangkitan baharu Covid-19 seperti trend.

Caprice menerusi rakaman ‘What Is On The News Today’ berkata, setiap tahun sebelum menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pasti ada sesuatu yang akan dikaitkan dengan Covid-19.

“Kes Covid-19 makin meningkat dan menurut Ketua Pengarah Kesihatan kita boleh cecah 22,000 kes menjelang Mac, bulan depan.

“Ceq (saya) tak tahulah nak cakap apa cuma setiap tahun sebelum raya atau bulan puasa skrip dia bunyi sama, watak sama, mangsa sama yang beza tahun sahaja.

“Tahun lepas kita promote vaksin, tahun ni pula kita promote booster shot. Apabila benda yang kita tak boleh nampak boleh buat hidup kita huru-hara maksudnya kita kena lagi rajin cari balik sesuatu yang kita tak boleh nampak juga, tapi boleh buat kita tenang.

“Apa itu? Allah Taala..Banyakkan doa dan beribadah, Insha-Allah,” katanya.

Hari ini, kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan ketara dengan angka mencecah 13, 944 kes jangkitan.

A post shared by Tiger of AlQuds (@daddycapofficial)