Sejak semalam, tiba-tiba tular sebuah video pelawak Shuk Sahar bersama seorang wanita di sebuah warung, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar.

Video tersebut pada mulanya dikongsi seorang warganet di TikTok sebelum dikongsi di beberapa platform media sosial lain.

Menerusi video tersebut, Shuk dilihat bersama seorang wanita namun wajah pasangannya itu tidak kelihatan kerana membelakangkan kamera.

Menerusi pakaian yang dipakai, rata-rata netizen meneka wanita tersebut merupakan Fara Saleh, yang pernah dikaitkan dengan pelawak tersebut tidak lama dahulu.

Menerusi ruangan komen di akaun TikTok individu yang mula-mula berkongsi video tersebut, netizen mendakwa Fara ada memuat naik foto memakai tudung dan baju yang sama.

Malah, mereka turut mendakwa Shuk dan Fara tidak pernah menamatkan hubungan mereka malah sering dilihat bersama.

Warga TikTok turut menanda nama isteri Shuk, Rossa Sera pada hantaran tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan video di FYP TikTok itu merupakan yang terbaharu ataupun lama.

Video tersebut juga telah mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta kali, 66 ribu tanda suka dengan 2011 komen dan lebih 1200 perkongsian.

@xnurazli_ Ada yang kenal ka#fypシ ♬ bunyi asal - Perminat pak lang zul - Peminat pak lang zul


Untuk info, kemelut rumah tangga Shuk dan isterinya masih masih belum menemui noktah walaupun sudah tiga bulan tidak sebumbung.

Sera pada November tahun lalu dikatakan telah memfailkan penceraian, namun sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan berusia 5 dan 2 tahun.