Hiburan

Shuk Sahar Terkejut Anak Panggil Nama Tak Panggil 'Ayah'

gempak
Amri Hassan
26/06/2019
09:12 MYT
Sponsor Banner
Shuk Sahar Terkejut Anak Panggil Nama Tak Panggil 'Ayah'
Pelawak dan pengacara Shuk Sahar kini dalam usaha untuk melatih anak sulungnya untuk memanggilnya dengan panggilan ayah.
Dedah Shuk, 33, sejak kebelakangan ini anak perempuannya itu sering menyapanya dengan memanggil nama sahaja kerana terikut-ikut dengan sapaan orang di luar.
"Saya jarang berada di rumah, tiba-tiba sekarang dia hanya memanggil nama saya sahaja 'Shuk', tak panggil saya ayah.
"Mungkin sebab apabila dia menonton televisyen, semua orang memanggil nama saya sahaja malah kalau di luar rumah pun orang tak panggil saya ayah.
"Jadi, menjadi tanggungjawab saya untuk mendidiknya untuk memanggil saya dengan panggilan yang sepatutnya sebelum terlambat," katanya kepada Gempak.
Shuk ditemui pada majlis sidang perjanjian kerjasama Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 dan Karnival Geng Masjid di Hotel De Palma, Ampang semalam.
Shuk yang turut terbabit sebagai hos dan moderator dalam Karnival Geng Masjid yang akan berlangsung kelak dalam masa sama teruja menantikan kehadiran cahaya mata keduanya bulan hadapan.
"Insya-Allah anak kedua saya juga perempuan dan isteri saya dijangka bersalin pada hujung Julai nanti.
"Alhamdulillah, pembabitan saya untuk Karnival Geng Masjid kali ini juga sebahagian daripada rezeki anak-anak saya," kata Shuk lagi.
Shuk mendirikan rumah tangga bersama Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024