Laman Utama
Si Genius Matematik Kini Bergelar Suami… Adi Putra Hadiahkan Isteri Wang Hantaran RM9,999,99
Individu yang dikenali ramai sebagai genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani kini sudah pun bergelar seorang suami.
Adi Putra dikhabarkan bernikah dengan Siti Sarah Zurkanain pada Khamis dalam sebuah majlis di kediaman Siti Sarah yang terletak di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.
BERITA TRENDING: “Suka Matematik, Kira Dalam Inggeris Cepat Tangkap”- Bagusnya, Yana Samsudin Ajar Anak 3 Bahasa Sejak...
Pada majlis tersebut, Adi menghadiahkan wang hantaran sebanyak RM9,999,99 kepada isterinya.
Menerusi satu hantaran di Facebook, bapa kepada Adi, Abdul Ghani memberitahu yang majlis perkahwinan anaknya berjalan dengan lancar.
BERITA TRENDING: [VIDEO] “Matematik Form 1 Pun Dah Susah, Dia Lagi Power!” - Ikut Jejak Langkah Kakak, Adik Najwa Latif...
“Berkat doa daripada tuan, puan, sahabat serta muridnya, dengan lafaz nikah sekali sahaja dan kenduri kahwin berjalan lancar. Alhamdulillah, cuaca pun baik di Kota Bharu, hari ini,” kata Abdul Ghani.
Sebelum ini, Adi Putra, 24, dan Siti Sarah, 27, mengikat tali pertunangan pada 19 Julai lalu.
Must-Watch Video