gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Bayangkan Awak Lemparkan Kebencian Terhadap Saya…” - Marissa Dania
HIBURAN
Dikritik Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam ‘Impak Maksima 2’, Ini Respons Arfie Shah - “Sudah Pasti Satu Tekanan…”
VIRAL
“Bekas Caesar Bukan Kekurangan, Itu Luka Lahirkan Zuriat” – Dr Say Anggap Lelaki Hina Parut Isteri Cetek Ilmu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Si Meow Bakal Beraksi, Filem Chomel Ditayangkan Esok! Tak Sabarnya!

Hanafis Haris
Hanafis Haris
23/06/2021
11:43 MYT
Sponsor Banner
Si Meow Bakal Beraksi, Filem Chomel Ditayangkan Esok! Tak Sabarnya!

Bermula esok penonton di Malaysia buat julung kalinya akan menyaksikan sebuah filem ‘rare’ yang mengangkat tema hubungan manusia dan haiwan kesayangan ramai kucing.

Mengetengahkan kisah seekor kucing dan seorang kanak-kanak yang melalui rasa kehilangan, Chomel ternyata bakal mencipta sejarah buat industri perfileman Malaysia.

Untuk makluman, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Saksikan filem Chomel yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula esok 24 Jun 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

View this post on Instagram
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)
Topic Berkaitan
#Viral
#Kucing
#AstroShaw
#Chomel
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement