Saat kebanyakan orang sedang sibuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha, sekumpulan penjenayah bertindak ‘berani’ dengan merompak sebuah kedai emas yang terletak di pusat beli-belah Plaza Metro Kajang, Selangor secara terbuka.
Difahamkan, penjenayah tersebut memasuki kedai emas berkenaan menggunakan topi keledar berserta jaket lengan panjang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh netizen, kejadian tersebut didakwa berlaku sekitar 4.45 petang Isnin itu.
Penjenayah berkenaan hanya mengambil masa beberapa minit sebelum melarikan sejumlah barang kemas daripada kedai berkenaan.
Pada rakaman sama, dilihat penjenayah terlihat memecahkan kabinet pameran dengan menggunakan kapak.
Selain itu, difahamkan salah seorang daripada mereka mempunyai objek yang kelihatan seperti senapang sekaligus menyebabkan keadaan di pasar raya itu menjadi tegang.
Dalam satu perkongsian video lain, seorang lelaki didapati berada dalam keadaan berlumuran darah sambil dibantu beberapa individu lain.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.
Sumber: Facebook