Laman Utama

Siap Berdengkur Dalam Wayang? Wajib Tonton Or Skip Je? Ini Review Paling Jujur The Batman! #PopcornTime

gempak
Hanafis Haris
03/03/2022
15:32 MYT
Sponsor Banner
Siap Berdengkur Dalam Wayang? Wajib Tonton Or Skip Je? Ini Review Paling Jujur The Batman! #PopcornTime

Masih teringat lagi apabila Robert Pattinson diumumkan untuk membawa watak Bruce Wayne, 1001 persoalan mula muncul. Boleh ke ni? Tak nampak macam vampire ke nanti?

Kini segala persoalan itu bakal terungkai apabila The Batman akhirnya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Gempak berkesempatan menonton filem ini Selasa lalu selepas dipelawa pihak TGV Cinema dan pastinya anda tertanya-tanya adakah The Batman perlu dan wajib ditonton?

Berbaloi ke kali ini, apatah lagi durasinya hampir tiga jam?

Berikut merupakan ulasan untuk PopcornTime kali ini.

Plot:

Gotham secara tiba-tiba menjadi bandar paling mengerikan apabila munculnya The Riddler yang memberontak mahu mendedahkan skandal jenayah terbesar bandar berkenaan.

Disebabkan itu, The Riddler merancang untuk membunuh satu persatu sesiapa saja yang mempunyai kaitan dengan ‘pembelot’ skandal berkenaan.

Akibatnya, penduduk Gotham kini hidup dalam serba ketakutan dan hanya mampu mengharapkan Batman untuk menegakkan keadilan.

Pun begitu, siapa sangka pendedahan paling besar dalam sejarah hidup Bruce Wayne juga bakal terbongkar!

Review:

Tidak dinafikan faktor paling utama peminat Batman untuk menonton filem ini adalah kemunculan hero terbarunya, Robert Pattinson.

Ye lah, Robert Pattinson akan memegang watak ikonik ini dalam tempoh agak lama (harapnya) dalam banyak lagi francais akan datang.

Namun, selain Robert Pattinson, pengarah Matt Reeves juga antara sebab utama penonton meletakkan harapan tinggi. Lihat saja hasil filemnya sebelum ini.

Sinematografi Puas!

Okay berbalik kepada filem ini, pembukaan The Batman dalam 10 hingga 15 minit sangat 'mind blowing’ apabila penonton ‘dihidangkan’ dengan pelbagai shot yang cantik dan 'magnificent'!

Boleh dikatakan setiap babak diambil dengan cukup rapi, tidak klise dan berseni.

Dalam hati terfikir, Rotten Tomatoes mesti love filem ini!

Sinematografi The Batman boleh dikatakan sangat top notch dan artistik.

Malah penggunaan mod warna merah dan hitam untuk beberapa babak menjadikan filem ini nampak ‘promising’.

Itu tidak dikira lagi beberapa scene pada bahagian klimaks filem ini yang bakal membuatkan anda ‘mind blowing’.

Dunia Detektif Batman & Slow Burn?

Namun dalam pada memuji shot filem ini, penulis merasakan pacing The Batman sebenarnya agak perlahan terutama di bahagian awal.

Ada yang bakal menikmati filem ini, namun tidak kurang juga ada penonton yang mungkin akan ‘berdengkur’.

Sabar, bukanlah penulis maksudkan filem ini tidak bagus, cuma pacing agak perlahan untuk kebanyakan penonton yang ‘mainstream’.

Jadi nasihat penulis janganlah datang ke pawagam ketika penat. Sila beli popcorn kerana ia amat membantu untuk pastikan anda boleh menikmati filem ini dengan kepuasan maksima.

Okay tolak tepi bahagian pacing, penonton kemudian akan dibawa ke alam penyiasatan apabila Batman berganding bahu dengan watak polis dalam filem ini iaitu James Gordon.

Selepas itu, mula muncul beberapa watak penting seperti Selina (Catwoman) dan juga The Penguin. Ikonik bukan?

Terus terang, penulis antara peminat filem genre investigative crime ini.

Permainan ‘puzzle’, teka teki, klu, bayangan-bayangan halus yang diberi oleh watak antagonis dalam filem ini iaitu The Riddler cukup mengagumkan!

Lebih mengagumkan, hanya Batman saja boleh menjawab teka teki The Riddler. Hebat Batman!

Filem ini berjaya membawa mood investigative sekali gus menarik penonton untuk turut sama serta dalam penyiasatan menjejaki si pembelot.

Siapa pembelot ni? Itulah persoalan yang ‘menjerat’ penonton untuk terus stay dan segar mata menonton The Batman.

Namun, dalam pada filem ini berjaya menjadikan The Batman sebagai filem penuh teka teki dan ‘puzzle’, ada sisi lain penulis merasakan ia agak janggal.

Agak janggal apabila melihat perjalanan Batman sebagai ‘detective’.

Adakalanya seperti menonton filem penyiasatan berbanding Batman. Entah, mungkin itu hanya pandangan penulis semata-mata.

Robert Pattinson Sebagai Batman? Promising?

Berbalik pada Robert Pattinson, jujurnya penulis tidak meletakkan sebarang harapan memandangkan tiada filem Robert yang begitu menyerlah selain daripada francais Twilight.

Tetapi, surprisingly Robert Pattinson berjaya membawa watak Batman dan Bruce Wayne dengan cemerlang biarpun ada terdetik di hati mengatakan Robbert agak muda dan sedikit kurus berbanding hero terdahulu.

Permainan emosi, pembangunan karakter yang diberi sebenarya agak menyakinkan. Lupa habis hero terdahulu.

Begitu juga watak Catwoman yang dilakonkan Zoë Kravit. Kecil molek dan agak seksi, menjadikan ia sangat cocok untuk menjadi Catwoman.

Cuma aksi Catwoman dalam filem ini agak kurang, tak puas! Watak Penguin juga agak biasa-biasa.

Tertumpu pastinya lebih kepada watak psycho The Riddler! Jujurnya watak The Riddler boleh dikatakan agak menggerunkan.

Mood psycho itu dikembangkan secara perlahan-lahan hingga menjadikan watak The Riddler sangat digeruni penonton.

Perancangan dan susur atur The Riddler untuk menghancurkan Gotham sedikit sebanyak mengingatkan penulis pada watak Bane dalam The Dark Knight.

Lebih penyiasatan daripada action!

Menyentuh mengenai aksi atau action sequence dalam filem ini pula, terus terang penulis tidak puas.

Malah, aksi pertarungan dalam The Batman agak kurang kerana ia telah ditenggelamkan dengan banyak babak elemen penyiasatan.

Sebagai peminat filem superhero yang dahagakan aksi pertarungan penuh impak, penulis agak kecewa. Tiga jam boleh diisi dengan banyak lagi action sequence yang lebih mind blowing sebenarnya.

Pun begitu, tidak bermakna filem ini bosan, sebaliknya pengarah pandai bermain dengan graf serta momentum.

Bayangkan graf yang ada turun naiknya, itulah yang boleh penulis gambarkan dalam The Batman.

Adakalanya, penonton akan dibuai dengan journey penyiasatan itu, namun tidak semena dikejutkan pula dengan kemunculan babak gila oleh The Riddler.

Begitu juga dengan sangkaan filem ini sudah habis, namun sebenarnya masih banyak dan panjang lagi babak. Penonton akan dijamu dan terus dijamu! Bagaikan tiada kesudahan menonton The Batman.

Secara keseluruhannya The Batman dijamin memberi kepuasan khususnya untuk peminatnya.

Namun berkemungkinan akan ada yang merasakan filem ini agak perlahan dan terlebih artistik. Namun, percayalah, ia satu filem yang ‘well balance’ bagi pandangan penulis.

Tidaklah terlalu berat atau ‘slow burn’ seperti Zack Snyder, namun tidak juga ‘action-packed’ seperti filem pertama Wonder Woman dan Aquaman.

Disebabkan itu tidak hairanlah filem ini menerima 91% daripada Rotten Tomatoes.

Rating Gempak? 8.5/10

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024