,
Laman Utama

“Siapa Je Tak Pernah Bergaduh”- Dedah Turut Hadapi Ujian Perkahwinan, Ini Cara Scha & Awal Selesaikannya

Syafiqah Jalal
23/04/2023
02:33 MYT
Pelakon Scha Al-Yahya mendedahkan dia dan Awal Ashaari juga pasangan suami isteri yang tidak terlepas dari ujian berumah tangga.
Namun kata Scha dia memilih untuk mengawal emosi dan cuba berkomunikasi untuk selesaikannya dengan baik.
“Saya dan Awal sendiri tidaklah selalu berbunga-bunga, kami juga ada ujian kami, kami ada aib masing-masing. Saya selalu ingatkan Awal, walau apa pun terjadi di masa depan, saya sentiasa ingatkan diri sendiri untuk kawal sebaik mungkin daripada masalah menjadi besar.
“Siapa je tak pernah bergaduh, saya dan Awal kami mempunyai karakter yang sangat berbeza, pemikiran berlainan dan banyak lagi. Jadi apabila kami diuji dengan masalah atau ada salah faham, saya selalunya akan tanya dia, kami berkomunikasi untuk selesaikan.
“Kalau boleh, cuba diam dulu, kadang-kadang saya minta pendapat keluarga juga. Ambil pandangan dan borak dengan orang yang betul-betul kita percaya.
“Ambil input mereka. Tidak banyak, sedikit pun kita dapat berkongsi dan luahkan masalah. Insya-Allah keadaan diri akan bertambah baik,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Awal yang turut ditemui Gempak berkata dia pula memilih untuk keluar seketika daripada rumah untuk bertenang kerana dikhuatiri sifat baran yang ada pada dirinya akan memburukkan lagi keadaan.
“Saya pula suka berdiam diri dulu untuk tenangkan keadaan dan berfikir. Saya akan keluar rumah seketika kemudian bila dah reda saya akan balik rumah.
“Sebab saya tahu, saya jenis yang panas baran, kalau perkara itu (pergaduhan) terjadi saya risau sikap panas baran saya akan memburukkan keadaan lagi.
Sekadar info, Awal dan Scha telah mendirikan rumahtangga pada Mei 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar