Kelmarin, Elfira Loy yang baru sahaja mengumumkan kehamilan anak kedua berkunjung ke sebuah pusat tarikan di ibu kota. Namun, hasrat hati untuk bersiar-siar terbantut apabila pelakon berusia 27 tahun itu terpaksa beratur lama untuk masuk.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memaklumkan yang sungguhpun dia sudah membeli tiket, namun, dia terpaksa beratur sehingga dua hingga tiga jam untuk memilih slot masa.

Elfira turut melahirkan rasa kasihan terhadap pengunjung lain yang terpaksa bersidai di tepi kawasan tarikan berkenaan untuk menunggu slot masa sama dengan dirinya.

Kemudian, menerusi perkongsian seterusnya, Elfira mendedahkan, keadaan di lokasi berkenaan terlalu sesak, dan rasa sesak menjadi semakin parah apabila dia perlu mengenakan pelitup muka sepanjang berada di sana.

BACA: Elfira Loy Umum Hamil Anak Kedua, Ramai Netizen Dah Dapat Agak – “Nampak Baby Bump Kat Langkawi"

Keluhan Elfira itu bagaimanapun mendapat reaksi yang pelbagai daripada wargamaya.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan menerusi sebuah forum hiburan, ramai yang mempersoalkan mengapa Elfira pergi ke lokasi berkenaan ketika sedang hamil dan pada waktu cuti umum.

“Siapa suruh kau mencari sesak?,” soal seorang netizen ringkas.

Seorang lagi pengguna forum juga mempersoalkan tindakan Elfira yang sanggup pergi ke lokasi berkenaan ketika waktu yang tidak bersesuaian.

“Dah tau time cuti kau gigih juga nak pegi buat apa? Dah tu bising,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi netizen mencadangkan supaya melawat lokasi tarikan pada waktu yang tidak sesak, atau pada hari bekerja.

“Aku lebih rela suruh suami aku ambil cuti weekday kalau nak bawa anak pergi tempat macam zoo ke, senang tak payah beratur.

“Semalam public holiday, memang semua tempat full. Aku ke Setia City masuk Parkson beli baju anak dengan belt suami aku terus balik,” katanya.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia 2 tahun.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!