Memang kerap dikongsi di dalam kumpulan-kumpulan aplikasi WhatsApp bahawa melakukan swab test adalah satu perkara yang menyakitkan.

Perkongsian tidak berasas ini menyebabkan ramai yang bimbang dan timbul rasa takut untuk melakukan swab test ini, terutamanya kepada mereka yang tidak mendapat maklumat dengan betul.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Puteri Sarah Liyana berkongsi satu entri video yang menunjukkan dia melakukan swab test.

"Okay siapa yang cakap sakit tu sebenarnya nak menakutkan korang je. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Sarah buat dekat dalam mouth dan dalam nose. Tak sakit pun. So, jalankan tanggungjawab anda.

"Dan lagi satu benda ni sangat wajib, lagi-lagi untuk kita yang sedang shooting ni, memang kena buat untuk keselamatan diri sendiri dan juga famili," katanya di dalam video tersebut.

Jika anda mempunyai gejala atau pernah bertemu dengan mereka yang positif Covid-19, lakukan swab test dengan segera. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tepat di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).