Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Siapa Yang Dia Suka, Itu Menantu Saya” - Ibu Siti Jamumall

Mya Amri
27/06/2024 01:55 MYT
Ibu kepada usahawan, Siti Jamumall iaitu Norisan Jaafar, 55, menolak dakwaan tidak merestui perkahwinan anaknya dengan pempengaruh, Aiman Tak Kisah.

Mahu lihat anak bahagia selepas dugaan yang dilalui


Menurut Norisan, sebagai seorang ibu sudah pasti dia mahu melihat anak perempuannya bahagia menjalani kehidupan berumah tangga.

“Perasaan bercampur baur sebab pada ketika itu Siti sepatutnya berkahwin dengan lelaki lain. Namun ketika hampir tiba di hari perkahwinan, terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Waktu itu sudah tidak boleh buat apa, Siti pun nekad membuat keputusan untuk berkahwin dengan Aiman jadi saya restu sahaja.

“Bagi saya, saya mahu melihat anak saya bahagia dengan pasangan yang dipilih. Alhamdulillah Siti pun sudah selamat berkahwin. Sama-sama kita doakan dia bahagia hingga ke Jannah,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal Usul Pilihan Nama Aiman Tak Kisah


BERITA TRENDING: Aiman Tak Kisah Dilabel Perosak Perkahwinan, Anggap Best Man Win - “Masih Ada Peluang Selagi Cincin Belum Dijari”


BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?


BERITA TRENDING: "Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah


BERITA TRENDING: Batal Kahwin 31 Mei, Siti Jamumall Pilih Nikahi Lelaki Lain Di Thailand!


Aiman menantu pilihan atau tidak?

A post shared by Siti Jamumall (@sitijamumall)


Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai sama ada Aiman merupakan menantu pilihannya, Norisan menjawab dia menerima lelaki pilihan Siti itu dengan seadaanya.

“Siapa sahaja yang Siti suka itu adalah menantu saya. Saya menerima pilihan dia dengan seadanya.


“Yang penting bila Aiman masuk dalam keluarga kami, dia boleh menerima semua ahli keluarga dalam keluarga kami ini,” ujarnya.

Terdahulu, Aiman dan Siti berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.

Siti sepatutnya dijadualkan bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.

Siti juga pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.


#Ibu #Menantu #Siti Jamumall #Pempengaruh #Aiman Tak Kisah #Ibu Siti Jamumall
;