gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Simbah Je Minyak Panas Baru Guna Otak” - Netizen Amuk 4 Gadis Menari Lentik, Kononnya Di Bazar Ramadan, Tapi…

Hanafis Haris
Hanafis Haris
04/04/2022
08:33 MYT
Sponsor Banner
“Simbah Je Minyak Panas Baru Guna Otak” - Netizen Amuk 4 Gadis Menari Lentik, Kononnya Di Bazar Ramadan, Tapi…
Kecoh di media sosial apabila tularnya video tarian ‘seksi’ yang dilakukan oleh empat gadis.
Menerusi video berdurasi sekitar satu minit, kelihatan empat gadis itu berjalan sambil menari di tengah-tengah gerai jualan yang dikatakan di sebuah bazar Ramadan sekitar ibu kota.
Selain berjalan ke hadapan dan ke belakang, mereka juga sempat melakukan tarian yang dianggap agak seksi oleh sesetengah netizen.
Malah, ada yang menganggap tarian tersebut sebenarnya tidak sesuai dibuat Ketika semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Paling menakutkan, ada antara komen netizen yang mahu menyimbah minyak panas kepada empat gadis berkenaan.
“Simbah je dengan minyak panas baru guna otak”.
“Selamba je menarik seksi depan makcik pakcik yang tengah cari rezeki”.
“Cantik ke nak catwalk gitu depan orang ramai, tak fahamlah budak sekarang,”.
Anda boleh lihat video berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook dikenali sebagai ‘We Are Malaysia TikTok’.
Pun begitu, menerusi tinjauan Gempak, video tersebut merupakan kandungan lama yang dimuat naik semula dan seterusnya menjadi tular.
Malah, ramai yang percaya video tersebut tidak dirakam pada ketika bulan puasa mahupun di bazar Ramadan.
Topic Berkaitan
#Viral
#Menari
#Seksi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement