Kisah yang ingin aku kongsikan ini berlaku sekitar 20 tahun lalu.

Ketika itu aku berusia 10 tahun dan berada di kampung halaman di Melaka.

Hari kejadian juga merupakan malam keliwon dan ketika itu agak kecoh berita mengenai ada yang menyimpan ‘barang’ dalam tempayan.

Katanya, barang yang disimpan itu merupakan benda hidup yang telah lama mati.

Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.

Apa yang pasti orang kampung kecoh waktu tu, nak keluar rumah pun takut.

Ok pendek cerita, malam tu sekitar 2 pagi dan masing-masing nyenyak tidur.

Aku pula secara tiba-tiba terjaga selepas terdengar ada orang bagi salam.

Assalamualaikum…

Assalamualaikum…

Assalamualaikum…

Eh siapa pula la bagi salam pagi-pagi buta ni?

Bukan apa, suaranya agak jauh. Bukan depan pintu tapi macam seberang jalan.

Aku pun gigih la bangun tapi dalam pada masa sama agak takut sebab suara tu aneh. Suara wanita tapi bergetar-getar dan sayup.

Buka saja tingkap, terkebil-kebil mata aku melihat siapa lah yang bagi salam tu.

Bila mata dah fokus….Allahuakbar!!! Terduduk aku dibuatnya.

Mengucap, istigfar semua keluar!

Daripada rambut, muka, baju semuanya putih weh. Mata je merah! Muka tu jangan cakaplah. Kalau korang pernah tonton filem Asih, begitulah wajahnya! Hodoh seram dan tersenyum.

Seminggu juga aku demam lepas tu, terkejut katanya.

Aku ada tanyakan pada mak, mengapa dia tak masuk kawasan rumah?

Rupanya mak aku kata, rumah ni ustaz dah pagar siap-siap sebab jiran sebelah ada kes orang ‘menghantar’ benda yang tak baik.

Mak aku kata lagi, aku kena kacau sebab aku lemah semangat, jadi memang hampir kena umpan.

Peristiwa itu memang takkan lupa sampai bila-bila.

Wajah makhluk tu pun sampai sekarang aku ingat. Eh meremang!!!!