Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sisih Sengketa! Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo - “Kami Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama…”

Umirah Halim
18/07/2024 08:30 MYT
Pelakon Hun Haqeem tampil berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai proses kes saman langgar kontrak membabitkan dirinya dan Pengarah Urusan MIG, Datuk David Teo.

Kedua-dua pihak mahu selesaikan kes

Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy memberitahu bahawa kes langgar kontrak antara dia dengan pihak syarikat tersebut masih berjalan, di mana kedua-dua pihak mahu menyelesaikannya.

“Tak banyak sangat yang perlu dikemas kini (update) sebab ianya masih sama. Perkara ini pun dari tahun 2020, sekarang pun dah 2024.

BERITA TRENDING: "Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem

BERITA TRENDING: Hun Haqeem Terkejut David Teo Hebahkan Kes Saman - "Saya Sedaya Upaya Nak Tutup Aib Orang..."

“Jadi saya rasa kedua-dua pihak pun mahu selesaikan kes ini. Pada saya ianya berjalan dengan baik sebab prosesnya pun dipermudahkan. Jadi nanti kita tengok apa hasilnya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama Ke Kodiang With Love yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, aktor berusia 26 tahun ini memaklumkan hubungannya bersama Datuk David Teo masih baik malah mereka bertegur sapa di dalam sebuah majlis.

“Hubungan kami okay. Sebelum ini kami ada hadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dan kami ada berjumpa.

“Saya bertanya khabar kepada David dan juga Jane (isteri David),” ujarnya.

Dalam pada itu juga berkata skop industri hiburan tempatan adalah sangat kecil maka mereka tetap akan bertembung di antara satu sama lain.

BERITA TRENDING: Mesra Berduet Bersama, Hun Haqeem & Daiyan Trisha Beri Bayangan Bercinta?

BERITA TRENDING: Akhirnya Hun Haqeem Dapat Berlakon Bersama Crush

Macam saya kata sebelum ini pun, industri hiburan ini kecil, jadi pada akhirnya pun kita akan berjumpa dengan satu sama lain juga.

Pada pendapat saya, konflik itu tidak membawa ke mana-mana.

Terdahulu, David Teo mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan mengatakan pelakon itu diperintahkan Mahkamah Sesyen untuk membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.

Ganti rugi berkenaan diperintahkan susulan aktor itu didakwa melanggar kontrak dengan MIG.

Hun didakwa keluar daripada syarikat tersebut ketika kontraknya masih berbaki dua tahun. Difahamkan, anak kelahiran Sarawak itu sudah membayar separuh daripada ganti rugi berjumlah RM30,240.

#saman #David Teo #Majlis #Hun #Haqeem #sisih