Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sit Down, Talk, Forgive, Join Together” - Sharnaaz Harap Isu Caprice, Nadir Dan Ebit Lew Selesai Cara Baik

Mya Amri
21/07/2021 10:15 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad memohon agar segela kemelut atau salah faham yang timbul antara Caprice, Nadir dan juga Ustaz Ebit Lew dapat diselesaikan dengan baik.

Sharnaaz meluahkan pendapatnya menerusi beberapa posting di akaun Instagramnya di ruangan IG Story.

Menurut Sharnaaz, adalah lebih baik sekiranya ketiga-tiga ikon Malaysia ini dapat berbincang mengenai isu yang berlaku secara personal dan bukannya di media sosial.

“Apa pun bincang elok-elok. Tak payah buat sesi pendedahan dekat media sosial macam ini. Yang buruk orang kita juga, malu lah haih nama Malaysia.

“Siapa salah, siapa betul tak payah jadi tontonan sekian alam. Salam boh dalam lokap, yang betul teruskan perjuangan, selesai.

“Aku bercakap melalui pengalaman. Masa aku muda dulu selalu buat macam Caprice buat, tapi aku level peringkat negeri jelah, dia level dunia.

“Kepada Nadir, Ebit Lew dan Caprice, sit down, talk, forgive, join together. Tetapkan pendirian. Help Islam not destroy.

“Aku tak bijak bab agama, tapi Islam unite bukan dalca. Sebab mereka ini lah Islam disayangi, jangan sebab mereka jugalah, Islam dibenci oleh mata luar.

“Kalau tanya aku, aku tak mahu tahu pun siapa salah. Yang aku tahu, tiga-tiga bawa bendera Malaysia dan harumkan nama Islam dan Malaysia.

“Cukup takat itu permintaan aku. Aku sayang @capriceofficial, aku sayang @ebitlew,” coretnya.




BACA: “Pulanglah, Dapatkan Rawatan” - Didakwa Mengalami Depresi, Sharnaaz Ahmad Mahu Caprice Balik Malaysia

Sebelum ini nama Caprice menjadi kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di IG, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice berdengki dengan penceramah bebas tersebut.

Bagaimanapun, selang beberapa hari, Caprice tampil memohon maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pendakwah bebas Ebit Lew.

BACA: Mengaku Bertindak Ikut Emosi, Caprice Mohon Maaf Kepada TMJ, Hishamuddin, Ebit Lew & Malaysia

Selain itu, hantaran mengenai mengenai penjelasan yang akan dibuat pada hari ini juga sudah dipadam di Instagram miliknya.

BACA: "21 Julai Ini Semua Akan Didedahkan, Saya Dah Cari Tempat Yang Selamat ..." - Caprice-Diugut?

BACA: Caprice Teruskan Misi Seorang Diri, Tak Ikut 'Team' Balik Malaysia - "Tolong Doa Untuk Saya Agar Perjalanan Berjalan Dengan Lancar"

#Kontroversi #Caprice #Palestin #Ebit Lew #Ustaz Ebit Lew #Gaza #EBL #Isu Gaza #Nadir
;